Utusan Borneo (Sabah)

Pantas penting kepada Bumiputera Sabah

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Usaha dan inisiatif Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah dalam memberi jaminan Hak Tanah Mengikut Adat (NCR) kepada anak-anak negeri dengan kaedahkaed­ah pengeluara­n Geran Komunal, dan pengukuran Lot-Lot Penduduk NCR melalui Program Perkhidmat­an Tanah Anak Negeri Sabah (Pantas) mendapat kerjasama padu dan sokongan rakyat khususnya penduduk pedalaman negeri ini.

Pengarah JTU negeri Sabah Datuk Haji Safar Untong (gambar) berkata, inisiatif pengeluara­n Geran Komunal adalah bertujuan untuk mempercepa­tkan proses pemberimil­ikan tanah NT kepada anak negeri Sabah dan menyelesai­kan isu tuntutan-tuntutan NCR.

Menurutnya, bermula tahun 2010 hingga 30 September 2017, sebanyak 72 Geran Komunal dengan jumlah keluasan 119,083.03 ekar telah dikeluarka­n yang melibatkan 12 daerah.

Ianya telah memberikan manfaat kepada 213 buah kampung dengan bilangan seramai 10,462 Orang Anak Negeri daerah Nabawan, Tenom, Tongod, Sipitang, Tambunan, Keningau, Kota Marudu, Ranau, Kinabatang­an, Pitas, Semporna dan Papar.

“Dengan moto Pantas ‘Merakyatka­n Perkhidmat­an’ pihak JTU akan terus berkhidmat dengantiga­skoputamai­aitu, Pengukuran Lot Tanah Berdasarka­n Pendudukan, Perkhidmat­an Pejabat Tanah Bergerak dan Menyediaka­n Kaunter Berkompute­r di semua Pejabat JTU di seluruh Sabah menerusi Peruntukan Kewangan Pantas daripada Kerajaan Persekutua­n melalui Program Khas Anak Negeri (Bumiputera) Minoriti Sabah dan Sarawak,” jelas Safarketik­amenyampai­kan taklimat mengenai Geran Komunal dan Program Pantas JTU sempena lawatan Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail ke Kg. Maukab Ranau baru-baru ini.

Menurutnya, di bawah Program Pantas JTU telah menyediaka­n sebuah bas dan dua buah van yang dijadikan sebagai Pejabat Tanah Bergerak telah dilengkapi dengan perkakasan dan alat sistem komputer mobile untuk memberikan perkhidmat­an mengenai urusan tanah dan ukur di luar bandar, selain menaiktara­f semua kaunter urusan pejabat JTU/PPHT dengan sistem komputer yang berkeboleh­an untuk memproses urusan-urusan tanah atau pertanyaan status tanah dengan lebih berkesan dan cepat.

Safar menegaskan, semua tanah yang diukur dan bergeran individu bersyarat NT tidak boleh dijual atau dicagar.

Taklimat turut dihadiri Ahli Parliament P.179 Ranau Datuk Dr.Ewan Ebin, Pegawai Daerah Ranau Haji Faimin Kamin bersama ratusan penduduk.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia