Utusan Borneo (Sabah)

Masalah mental kian meningkat

Lebih ramai pakar Psikiatri dan Psikologi diharap tampil membantu

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Befriender­s berharap agar lebih ramai tenaga pakar dalam bidang Psikiatri dan Psikologi tampil bersama membantu menangani masalah mental di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Befriender­s Kota Kinabalu Johan Amilin berkata, sehingga kini juga, jumlah pakar keduadua bidang itu masih tidak mencukupi jika dibandingk­an jumlah penduduk di negeri ini.

“Kita tahu, banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta mempunyai fakulti psikologi dan kebanyakan yang sudah graduasi terus bekerja dalam bidang perubatan dan ada juga membuat perniagaan sendiri.

“Namun, kita perlu tahu bahawa cabaran kini berkaitan masalah mental semakin meningkat dan ia memerlukan tenaga pakar untuk sama-sama membantu golongan sasar dengan menjalani latihan bersama kami,” katanya ketika ditemui semasa Seminar Terbuka ‘Changing

“Namun, kita perlu tahu bahawa cabaran kini berkaitan masalah mental semakin meningkat dan ia memerlukan tenaga pakar untuk sama-sama membantu golongan sasar dengan menjalani latihan bersama kami, ” JOHAN AMILIN

Timbalan Pengerusi Befriender­s Kota Kinabalu

(kanan) sedang memberi penerangan kepada peserta yang hadir pada seminar berkenaan.

The Way We Talk about Suicide’,

Sabtu.

Selain itu Johan berkata, pemikiran masyarakat pada masa kini berkaitan masalah mental juga perlu diubah memandangk­an penyakit ini sama seperti masalah kesihatan fizikal yang lain.

Katanya, masalah mental juga berpunca dari tekanan, kemurungan dan sebagainya dan ianya perlu berjumpa pakar perubatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan termasukla­h menghantar ke pusat pemulihan.

Pada masa sama, beliau berkata, penganjura­n di sini pada program berkenaan adalah kerjasama antara pihaknya dengan Bentarakat­a iaitu persatuan bebas yang dianggotai oleh golongan belia.

Katanya, kerjasama itu amat bertepatan dan mampu mendekatka­n Befriender­s dengan golongan anak-anak muda di negeri ini yang sememangny­a berisiko terlibat dalam kes bunuh diri.

Justeru katanya, penganjura­n program berkenaan tidak akan terhenti dan pihaknya akan terus bekerjasam­a untuk menganjurk­an lebih banyak program khususnya dalam memberi kesedaran tentang masalah mental.

 ??  ??
 ??  ?? JOHAN
JOHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia