Utusan Borneo (Sabah)

Penguasaan bahasa Mandarin penting bagi meningkatk­an ekonomi

- Oleh

PENAMPANG: Penguasaan bahasa mandarin kini dilihat sebagai satu keperluan yang penting bagi menarik pelabur asing khususnya China dalam pelbagai sektor terutamany­a pelanconga­n.

Pengerusi Biro Urban Upko Penampang Cheong Kwee Min berkata, khususnya di Penampang, bahasa Mandarin kini bukan sahaja dipelajari oleh komuniti Tionghua sebaliknya ia juga dipelajari oleh masyarakat Bumiputera.

“Jumlah pelancong China datang ke negara ini semakin meningkat dan Sabah khususnya menerima kedatangan mereka dalam angka yang sangat banyak.

“Oleh itu, kita memerlukan individu yang fasih berbahasa Mandarin agar boleh berkomunik­asi dengan pelancong itu dalam sektor pelanconga­n dan juga sektor lain di sini.

“Keadaan itu sekaligus mampu meningkatk­an ekonomi masyarakat setempat seterusnya memberikan sumbangan besar ke atas pendapatan negeri,” katanya ketika menyampaik­an ucapan pada Majlis Malam Perpaduan Pesta Tang Lung Biro Urban Upko Penampang 2017 di sini, pada malam Jumaat.

Beliau berkata, hampir 80 peratus masyarakat Bumiputera di Penampang dan Putatan telah

(kanan) dan Donald menerima cendera kenangan daripada pasukan tarian singa pada majlis itu.

mendaftark­an anak mereka ke sekolah-sekolah rendah beraliran Cina di kawasan ini.

Bagaimanap­un katanya, akibat kekurangan bilik darjah atau sekolah itu, ramai yang tidak diterima.

“Saya di sini ingin menyeru kepada kerajaan negeri agar membina lebih banyak sekolah rendah beraliran Cina di sini agar mampu menampung kemasukan murid-murid Bumiputera dan Tionghua di kawasan ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaska­n bahawa Biro Urban Upko Penampang kini mempunyai lebih kurang 24 cawangan dengan 1000 ahli yang aktif khususnya di kawasan perumahan.

Katanya, pelbagai aktiviti amal dan kebajikan telah diadakan biro itu bagi keselesaan masyarakat di sini seperti gotong royong dan derma darah serta berbagai lagi.

“Majlis malam ini telah diadakan setiap tahun tanpa gagal, Upko Penampang juga ingin semua masyarakat Tionghua bersama Bumiputera yang lain turut serta menikmati kebudayaan Pesta Tang Lung,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Bahagian Barisan Nasional (BN) Penampang merangkap Setiausaha Agung Upko Datuk Donald Peter Mojuntin serta barisan kepimpinan Komponen BN Penampang yang lain.

YAP SIONG HAN

 ??  ?? CHEONG
CHEONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia