Utusan Borneo (Sabah)

Kunjungan hormat AJK Pertabalan SWEPA kepada Masiung

- Oleh JOHAN AZIZ

KOTA KINABALU: Ahli Jawatankua­sa Pertabalan Sabah Women Entreprene­ur and Profession­al Associatio­n (SWEPA) telah melakukan kunjungan hormat kepada Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Masiung Banah di pejabatnya, di sini pada Khamis.

Kunjungan hormat itu adalah bertujuan bagi menjemput Masiung ke majlis 12th Installati­on dan Charity Gala Dinner Swepa yang diadakan pada 22 Oktober di Ballroom Magellan Sutera Harbour Kota Kinabalu.

Pada masa yang sama, Pengerusi Penganjur Swepa, Sitti Damsal turut memberi penerangan berkaitan penubuhan SWEPA dan kepentinga­nnya kepada wanita supaya menjadi salah satu wanita yang berkeyakin­an dan usahawan berjaya.

Beliau yang mengetuai rombongan itu memberitah­u bahawa persatuan itu merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO) yang banyak membantu wanita-wanita untuk bangkitkan keyakinan diri dan menjadi usahawan wanita yang berjaya.

Katanya, ini sesuai dengan misi penubuhan Swepa berupaya menyediaka­n platform untuk usahawan wanita dan rangkaian profession­al untuk dilatih.

“Pelbagai kejayaan telah ditunjukan oleh pihak Swepa sepanjang penubuhann­ya dalam pelbagai program yang diadakan di kawasan luar bandar,” katanya.

Katanya, kunjungan hormat itu juga adalah menjemput Masiung untuk menghadiri majlis tersebut dan sebagai tanda sokongan kementeria­n itu kepada penubuhan SWEPA .

Turut hadir pada kunjungan hormat itu ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah, Datuk Haji Awang Damit Haji Awang Anak, Pegawai Tadbir Kementeria­n Belia dan Sukan, Dayang Mas Safiah Haji Awang Mahali, Pengarah Publisiti Swepa, Eliza Goh dan Pengarah Pemasaran Swepa, Niney Chong.

 ??  ?? MASIUNG (tiga kiri) bergambar bersama-sama dengan pemimpin Swepa selepas kunjungan itu. Turut kelihatan Awang Damit (dua kiri) dan Dayang Mas Safiah (kanan).
MASIUNG (tiga kiri) bergambar bersama-sama dengan pemimpin Swepa selepas kunjungan itu. Turut kelihatan Awang Damit (dua kiri) dan Dayang Mas Safiah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia