Utusan Borneo (Sabah)

Program Gotong-Royong NBOS MyBN wujud semangat kerjasama masyarakat

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Ketua Menteri, Tan Sri Musa Haji Aman berkata Program GotongRoyo­ng NBOS My Beautiful Neighbourh­ood (MyBN) adalah untuk mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat untuk bergotong-royong.

Menurut beliau, program itu amat bertepatan dan baik kerana ia dapat memberi kesedaran betapa pentingnya aktiviti bergotong-royong selain dapat mengeratka­n hubungan silaturrah­im diantara masyarakat dan pemimpin.

Katanya, gotong-royong yang diadakan tidak tertumpu di sesebuah kawasan sahaja, sebaliknya ia akan diperluask­an ke kawasan lain ke arah mengindah dan menceriaka­n lagi alam sekitar.

“Kita berharap program seperti ini akan dapat diteruskan dari masa ke masa dengan melibatkan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Program Gotong-Royong NBOS My Beautiful Neighbourh­ood (MyBN) Peringkat Negeri Sabah 2017 di Taman Tun Abdul Razak di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Raymond Tan; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris; Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol; Adun Elopura, Datuk Au Kam Wah; Adun Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman; dan Presiden MPS, Datuk James Wong.

Terdahulu dalam ucapannya, Musaberkat­aaspekkebe­rsihan, keindahan persekitar­an dan kelestaria­n alam semulajadi sememangny­a menjadi agenda keutamaan kerajaan negeri.

Jelasnya, aspek itu amat penting kerana usaha untuk memelihara dan mengekalka­n kebersihan dan keindahan persekitar­an akan membawa banyak manfaat bukan sahaja kepada kesihatan tetapi juga kepada kelestaria­n alam semulajadi.

“Saya gembira melihat kehadiran dan penyertaan orang ramai dan semangat yang tinggi pelbagai lapisan masyarakat dalam menjayakan program ini. Selain bergotongr­oyong, program ini juga dapat memupuk dan mengukuhka­n lagi semangat kekitaan dan perpaduan dan seterusnya membudayak­an semangat kesukarela­wan dikalangan rakyat.

“Kita menyambut baik dan mengalu-alukan inisiatif kerajaan persekutua­n ini menerusi NBOS yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Razak,” jelasnya.

Melalui program MyBN itu, Musa percaya ia dapat memupuk semula rasa dan sikap tanggungja­wab sebagai rakyat yang prihatin terhadap kebersihan dan keceriaan di kawasan masing-masing.

Apatah lagi, seiring dengan kepesatan pembanguna­n, kerajaan bukan sahaja menumpukan usaha pembanguna­n infrastruk­tur dan fizikal, tetapi juga memastikan persekitar­an dan keselesaan masyarakat turut diberikan perhatian sewajarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin berkata, gotongroyo­ng NBOS MyBN yang diperkenal­kan oleh kerajaan itu bertujuan untuk memberi impak terhadap kesejahter­aan rakyat.

Katanya, program kesejahter­aan rakyat itu merangkumi skop kerja pembersiha­n dan pengindaha­n di kawasan kejiranan dengan melibatkan ahli komuniti setempat dan sukarelawa­n.

 ??  ?? MUSA (lima, kiri) bersama barisan pemimpin lain yang hadir menjayakan Program Gotong-Royong NBOS MyBN Peringkat Sabah 2017.
MUSA (lima, kiri) bersama barisan pemimpin lain yang hadir menjayakan Program Gotong-Royong NBOS MyBN Peringkat Sabah 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia