Utusan Borneo (Sabah)

Sampaikan bantuan kerajaan kepada rakyat

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE bergambar bersama ketua-ketua cawangan dan penerima bantuan zink.

LAHAD DATU: Ketuaketua cawangan individu utama dalam memainkan peranan membantu ahli dan masyarakat di samping menyampaik­an sebarang bentuk peruntukan atau bantuan daripada pihak kerajaan, kata Ketua Cawangan Umno Kampung Sri Hak 1, Dr Zarina Shaik Mohamed Daud.

Beliau berkata, ketuaketua cawangan tidak seharusnya memandang ringan akan amanah yang telah diamanatka­n kepada mereka khususnya dalam menjadi orang kepercayaa­n pemimpin kerajaan dan masyarakat di sesebuah daerah.

“Kalau dapat peruntukan daripada Perdana Menteri, Ketua Menteri, sampaikan amanah itu kepada ahliahli dan rakyat miskin yang memang memerlukan.

ZARINA

“Jangan ambil dan menganggap peruntukan itu sebagai hak persendiri­an (ketua cawangan) atas sebab penghargaa­n, sebaliknya itu adalah tanggungja­wab yang diamanahka­n untuk membantu ahli sekaligus mengenalpa­sti punca masalah rakyat.

“Walaupun kesemua ahli tidak dapat peruntukan yang diberikan, ketua cawangan perlu bijak dalam membuat penilaian ke atas ahli atau penduduk di kawasan itu yang berkelayak­an, kurang berkemampu­an untuk diberikan bantuan berkenaan,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an sumbangan berupa zink dan beras kepada 28 asnaf dan balu serta 14 kain batik kepada Ketua-ketua cawangan Umno di Sri Darun, pada Jumaat.

Sementara itu, seorang pekebun Daniel Yacob, 47, berkata bantuan itu secara keseluruha­nnya dapat membantu rakyat dan satu bukti contoh perjuangan sebenar daripada pemimpin Ketua cawangan Umno.

“Pemimpin tidak perlu berjanji besar jika tidak mampu menunaikan. Kita sebagai rakyat mahu mereka bertindaka­taumelaksa­nakan apa yang dijanjikan pada kami kerana walaupun dalam kuantiti yang sedikit, rakyat akan ingat dan hargai sampai bila-bila. Justeru itu, saya menghargai pemberian dan usaha beliau (Dr Zarina) kerana selalu bantu penduduk seperti kami,”katanya.

Seorang lagi penerima, Nayou Tubail, 56, berkata beliau gembira dan bersyukur kerana ada individu yang prihatin dan memberikan bantuan berupa zink dan beras kepada beliau yang sekaligus dapat meringanka­n beban keluargany­a.

Zarina berkata, usaha sedemikian kerap dilakukan bagi membantu ahli dan golongan yang memerlukan akan dilaksanak­an secara berterusan sejajar dengan perjuangan Umno dalam mendekati masyarakat yang memerlukan bantuan.

 ??  ??
 ??  ?? ZARINA semasa melawat kediaman seorang penerima bantuan zink.
ZARINA semasa melawat kediaman seorang penerima bantuan zink.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia