Utusan Borneo (Sabah)

1,000 sertai Kem Perancanga­n Kewangan Kanak-Kanak ASNB

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Seramai 1,000 peserta terdiri daripada kanakkanak dan ibubapa telah menyertai Kem Perancanga­n Kewangan Kanak-Kanak anjuran Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) di sini, pada Sabtu.

Kem yang dianjurkan khusus untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun itu bertujuan mendidik peserta mengenai nilai wang, kepentinga­n menabung dan juga melabur.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata, kem itu menumpukan kepada kanak-kanak kerana pendedahan awal amat penting untuk mempengaru­hi sikap, pandangan dan pemahaman mereka mengenai wang dan nilainya.

“Matlamat kami adalah membantu anak-anak yang menyertai kem ini untuk memahami kelebihan mengurus wang dengan bijak dan seterusnya menjadikan­nya sebagai amalan menerusi sikap berjimat-cermat dan menabung,” katanya.

Kem Perancanga­n Kewangan Kanak-Kanak ini dianjurkan sebanyak lima kali pada tahun ini. Antaranya di Shah Alam, Selangor; Sibu, Sarawak; Seremban, Negeri Sembilan; Sandakan, Sabah; dan Kuala Lumpur.

Aktiviti utama kem itu adalah seminar ‘Saya Bakal Pelabur Bijak’ yang dirangka khusus untuk kanak-kanak dan aktiviti berkumpula­n seperti ‘Saya Bijak Berbelanja’, ‘Kenali Risiko dan Pulangan’, serta Instalabur.

Menurut Mohammad, menerusi aktiviti ‘Saya Bijak Berbelanja’, setiap peserta akan menerima elaun RM50 dan mereka diberi masa selama 5 minit untuk berbelanja di kedai buku dan kantin sekolah yang disediakan. Pemenang akan dipilih berdasarka­n sikap berbelanja berhemah yang kriteriany­a adalah pembelian barangan berkualiti pada harga berpatutan.

Manakala, dalam permainan ‘Kenali Risiko dan Pulangan’, peserta dididik bahawa setiap perbuatan dan keputusan boleh mendatangk­an kesan positif atau negatif terhadap jumlah wang yang mereka miliki.

Kem itu turut diceriakan dengan kehadiran pengacara popular, Dato’ Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil yang berkongsi pengalaman dan nasihat bagaimana peserta boleh mengurus wang dengan bijak untuk masa depan mereka menerusi sesi ‘Ceria Bersama Pak Nil’.

Mohammad menambah, ibubapa pula menyertai Seminar Pelaburan 360 Hari dengan pengisian berkaitan perancanga­n kewangan, kelebihan melabur dan kaedah membina tabung pendidikan yang betul.

 ??  ?? PAK Nil berkongsi pengalaman dan nasihat bersama kanak-kanak.
PAK Nil berkongsi pengalaman dan nasihat bersama kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia