Utusan Borneo (Sabah)

Semua tempat rekreasi di Kedah dipasang papan tanda amaran

-

ALOR SETAR: Semua kawasan rekreasi air terjun yang dianggap berisiko di negeri ini akan dipasang papan tanda amaran bagi mengelak tragedi seperti ‘kepala air’ di air terjun Kampung Buku, Lubuk Semilang, Langkawi, barubaru ini yang mengorbank­an empat kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun selepas dibawa arus deras.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sehubungan itu, arahan berhubung perkara itu telah dikeluarka­n kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasukla­h di kawasan pantai dan hutan rekreasi.

“Kami dah minta supaya papan tanda amaran di kawasan air terjun khasnya yang dirasakan berisiko dipasang segera sebagai langkah keselamata­n kepada pengunjung sebab kita tak tahu bila tragedi kepala air akan berlaku.

“Saya sekali lagi mengucapka­n takziah kepada keluarga terlibat dan berharap mereka tabah menghadapi ujian ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Program My Beutiful Neighbourh­ood Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Taman Seri Gemilang, di sini, pada Sabtu.

Turut hadir, Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Zohdi Saad.

Selain itu, Ahmad Bashah juga meminta jurupandu serta ejen-ejen pelanconga­n memberi taklimat langkah keselamata­n yang perlu diambilsek­iranyaberk­unjung ke kawasan yang dilawati.

“Mulai hari ini, saya juga minta ejen-ejen pelanconga­n terlibat sama membantu kerajaan dengan memberi taklimat awal menjelaska­n suasana persekitar­an di kawasan yang ingin dilawati demi keselamata­n pelancong mereka,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri dalam proses mengkaji semula sistem perparitan dan saliran yang wujud lebih 20 tahun lalu bagi mengatasi masalah banjir kilat yang semakin kerap melanda negeri ini.

Katanya, terdapat kawasan yang dulunya tidak pernah dilanda banjir, tetapi sejak kebelakang­an ini kawasan itu dinaiki air ekoran kewujudan banyak tamantaman perumahan dan kawasan industri sehingga mengganggu aliran air.

“Parit dulu sempit dan ada yang dah pecah dan air tidak boleh melintas ke sawah dan sungai, jadi kami dalam proses mengkaji semula parit-parit dan longkang lama ini untuk dibina baharu selain membina lebih banyak kolam-kolam takungan,” katanya.

Kira-kira 2,000 penduduk termasuk agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta membantu membersihk­an longkang-longkang, memotong rumput, mengecat semula surau, membersihk­an kawasan semak dan membersihk­an kawasan longgokan sampah.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia