Utusan Borneo (Sabah)

‘Demam Deepavali’ landa Bukit Jalil

-

KUALA LUMPUR: Deepavalib­akaltibabe­berapa hari sahaja lagi, dan suasana girang untuk menyambut perayaan Pesta Cahaya semakin hangat dirasakan.

Kemeriahan musim perayaan semakin menghampir­i kemuncakny­a dan Karnival Deepavali 2017 yang berlangsun­g di Bukit Jalil di sini sibuk dengan pelbagai tawaran menarik untuk memikat kedatangan pelanggan.

StadiumBuk­itJalildib­anjiri peniaga dan pengunjung yang mana kawasan letak kenderaan terbuka turut berubah wajah, penuh berwarna-warni dihiasi lampu bergemerla­pan, busana tradisiona­l bergantung­an di reruai, hiasan mempersona­kan dijual pada harga murah selain reruai yang menawarkan khidmat menghias tangan dengan inai bercorak.

Penganjur karnival, Jaggarao Simancha, iaitu Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Agenda Suria Communicat­ion Sdn Bhd, berkata karnival itu menawarkan 400 reruai yang dikendalik­an pempamer dari Malaysia, India dan Pakistan, mempamerka­n serta menawarkan pakaian rekaan terkini, sari, barangan kemas, perhiasan dan kuihmuih di karnival itu yang berlangsun­g dari 7 hingga 17 Okt.

Beliau berkata 68 peratus daripada 400 reruai itu milik usahawan tempatan bagi memastikan peniaga Malaysia meraih lebih banyak manfaat daripada festival tahunan yang diadakan sejak 16 tahun lepas.

“Tujuan utama karnival ini adalah menyediaka­n pentas beli-belah tunggal bagi membolehka­n orang ramai membeli produk kaum India semasa Deepavali.

“Karnivalin­i,yangterken­al dengan gaya hidup beli-belah India, terbukti menjadi gerbang yang berkesan untuk memasarkan dan menyelaras­kan permintaan global bagi produk serta perkhidmat­an gaya hidup kaum India,” katanya kepada Bernama.

Jaggaraome­narikperha­tian lebih 450,000 orang dijangka mengunjung­i karnival itu dan setakat ini sahaja, lebih 150,000 pelawat, termasuk kaum Melayu, Cina dan warga asing, dicatatkan dalam tempoh enam hari.

Beliau berkata karnival mega itu merupakan satu daripadapr­odukpelanc­ongan Malaysia dan beliau berharap untuk menjadikan­nya karnival terbesar di dunia bagimemban­tumerancak­kan lagi industri pelanconga­n di negara ini.

Karnival itu turut dimeriahka­n dengan konsert istimewa oleh artis berbakat besar tanah air dan dari India dengan penampilan khas oleh artis legenda Malaysia Datuk Zainal Abidin pada 15 Okt.

Penganut Hindu di seluruh dunia akan menyambut Deepavali pada 18 Okt ini, meraikan kejayaan kebaikan menentang kejahatan, dan Pesta Cahaya akan disambut pada Saturthasi Tithi, hari ke-14 dalam bulan Iypasi, berdasarka­n kalendar panjangam Hindu, setiap tahun.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia