Utusan Borneo (Sabah)

Juruterban­g maut, pesawat ringan terhempas

-

JASIN:Seorang juruterban­gmautmanak­ala pembantuny­a cedera apabila pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang mereka naiki terhempas di kawasan Sungai Mati, Muar, Johor pagi Sabtu.

Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Kamaruzama­n Mohd Din berkata pesawat satu enjin itu berlepas daripada Aerodrome Sungai Rambai di sini yang terletak kirakira 200 meter daripada tempat kejadian.

Beliau berkata mayat juruterban­g Yee Yoon Fah, 54, dihantar ke Hospital Tangkak manakala pembantuny­a Mohd Shahrul Shafiri, 35, yang cedera di muka dan badan di hantar ke Hospital Muar.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 11. 53 pagi daripada orang kampung dan sebanyak tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita.

Pesawat itu didapati dalam keadaan terbalik di dalam sungai.

“Mangsa yang cedera ditemui berada di tebing sungai dan pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluar mangsa yang meninggal dunia, dari badan pesawat, “kata Kamaruzama­n.

Sementara itu Pengerusi Aerodrome Sungai Rambai, Datuk Hassan Abd Rahman berkata beliau difahamkan bahawa kejadian berlaku ketika pesawat terbabit sedang melakukan ujian untuk mendapatka­n permit penerbanga­n Jabatan Penerbanga­n Awam.

“Operasi pusat tersebut (Aerodrome Sungai Rambai) dihentikan segera sehingga siasatan oleh pihak berkuasa selesai,” katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai.

Sementara itu Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata beliau telah mengarahka­n pihak terlibat untuk melakukan siasatan terperinci dan mengemukak­an laporan mengenai kejadian tersebut.

“Kita nak tahu samada mereka telah mematuhi peraturan keselamata­n sebelum memberi kebenaran kepada pesawat untuk berlepas. Kita nak tahu puncanya mungkin disebabkan kesilapan teknikal atau faktor lain seperti cuaca, komunikasi dan sebagainya.

“Apapun kita tunggu laporan dahulu. Kita yakin pihak polis dan DCA (Jabatan Penerbanga­n Awam) akan sediakan laporan terperinci mengenai kejadian ini,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia