Utusan Borneo (Sabah)

Kain pelikat bapa jadi pengubat rindu anak

-

DUNGUN: “Hanya kain pelikat milik arwah jadi pengubat rindur anak bongsu kami,” kata balu Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, yang maut dalam nahas di Km 139, Jalan Kuala Terengganu­Kuantan dekat Teluk Kalong, Kemaman pada Khamis lalu.

Zarina Abdul Rahman, 37, berkata sejak kehilangan suaminya, anak bongsu mereka Muhammad Hazim Abdul Hakim, 3, sukar untuk tidur.

“Pagi tadi dia baru boleh tidur selepas saya selimutkan­nya dengan kain pelikat yang pernah dipakai ayahnya. Dia sebelum ini sangat rapat dengan ayahnya dan sering tidur beralaskan lengan ayahnya.

“Selepas ketiadaan suami saya, saya juga seperti hilang semangat untuk meneruskan hidup terutamany­a untuk membesarka­n tiga anak kami termasuk Muhammad Hilman, 9, dan Ariff Zakwan, 7.

“Apa yang lebih merisaukan saya bagaimana hendak membesarka­n dan memberi pendidikan kepada Muhammad Hilman yang merupakan OKU (lembam dalam pelajaran),” katanya.

Beliau ditemui di rumahnya di Kampung Darat Rajawali di sini pada Sabtu selepas diziarahi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Abdul Hakim dan rakan setugasnya Koperal Suresh A/L Itchang, 34, maut akibat dirempuh sebuah lori ketika mereka bersama 25 pegawai dan anggota yang lain dalam perjalanan pulang selepas menjalani latihan menunggang jarak jauh dengan motosikal berat di Mersing, Johor.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia