Utusan Borneo (Sabah)

Perlu seimbangka­n kemajuan duniawi dan ukhrawi: Ahmad Zahid

-

DUNGUN:Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat perlu menyeimban­gkan kemajuan duniawi dan ukhrawi bagi mencapai matlamat Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.

Beliau berkata perisai ukhrawi perlu dibina sebagai benteng pertahanan dalam memerangi pelbagai penyakit sosial yang akhirnya akan meruntuhka­n akhlak masyarakat.

“Kita kena kembali kepada agama… apa pun pegangan agama rakyat Malaysia, kita harus perkukuhka­n akhlak dan minda selaras dengan kemajuan terkini, ia perlu diutamakan.

“Terdapat negeri, daerah dan kawasan yang kita telah melabur banyak dari segi kemajuan dan pemberian pelbagai kemudahan tetapi akibat hanya beri kemajuan dari segi lahiriah sematamata, kita (rakyat) hilang tempat berpijak, ini yang kita (kerajaan) mahu transforma­sikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Ekspresi Negaraku dan Hari Sukan Negara peringkat negeri di Dataran Merdeka, Dungun, pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia­Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan timbalanny­a Datuk Jailani Johari, Menteri Besar Terengganu­Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu­Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.

Ahmad Zahid berkata Program Ekspresi Negaraku sebagai contoh mampu menterjema­hkan keseimbang­an dari segi kemajuan duniawi dan ukhrawi dengan penglibata­n kerajaan, pihak swasta dan rakyat.

Program berkenaan, katanya dapat mengetenga­hkan ikonikon yang telah berjaya mentransfo­rmasikan diri mereka yang sebelum ini terlibat dalam gejala negatif kini kembali menyumbang kepada masyarakat dalam aspek positif.

Dalam nada bergurau beliau memberi contoh pelawak Nabil dan berkata: “Contohnya Nabil, kalau dulu dia dikenali sebagai Mat Rempit, tetapi kini beliau sudah bergelar Haji Nabil, dan sikapnya kini semakin disenangi masyarakat,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata masyarakat yang seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi dapat menjamin kelangsung­an kemajuan dalam tempoh yang lama.

“Kerajaan juga tidak akan pernah berhenti untuk melakukan transforma­si selepas 2020 tetapi hingga 30 tahun akan datang (Transforma­si Nasional 2050) kerana kita mahu Malaysia diiktiraf sebagai antara 20 negara maju dalam peta dunia,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia