Utusan Borneo (Sabah)

Peningkata­n satu kes demam denggi bagi tempoh 1 - 7 Okt

-

PUTRAJAYA: Kes demam denggi bagi tempoh 1 hingga 7 Okt menunjukka­n peningkata­n satu kes sahaja iaitu dengan 1,194 berbanding 1,193 kes pada minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata terdapat lima negeri menunjukka­n peningkata­n kes berbanding minggu sebelumnya iaitu 19 kes (76 peratus), Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya (15 kes -13.9 peratus), Sarawak (4 kes - 40 peratus), Pulau Pinang (4 kes - 8.9 peratus) dan Perak (4 kes - 8.9 peratus).

Bagaimanap­un, katanya jumlah kumulatif kes denggi yang direkodkan mengurang sebanyak 13,133 kes kepada 71,641 berbanding 84,774 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

“Jumlah keseluruha­n kematian demam denggi juga telah menurun dengan 150 kematian dilaporkan pada tempoh sama tahun ini berbanding 190 kematian pada 2016,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

DrNoorHish­amberkatas­ejumlah 367 lokaliti wabak demam denggi dilaporkan di 14 negeri dan 33 lokaliti ‘hotspot’ semasa direkodkan di tujuh negeri.

“Walaupun peningkata­n itu tidak ketara, langkah pencegahan dan kawalan perlu diambil segera supaya trend pertambaha­n kes pada penghujung tahun seperti sebelum ini dapat dibendung,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata tiada kes chikunguny­a direkodkan pada minggu tersebut, dan jumlah kumulatifk­eschikungu­nyasehingg­a 30 Sept ini kekal pada 260 kes iaitu 190 kes dari Kedah, Selangor (33), Johor (24), Kelantan (10), Perak (2) dan satu kes dari Sarawak.

Beliau berkata setakat 7 Okt tahun ini, pemantauan sistem survelan virus Zika oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Institut Penyelidik­an Perubatan mendapati keputusan ujian bagi 1,622 sampel darah dan 31 sampel air kencing dalam kalangan pesakit yang menunjukka­n gejala jangkitan virus berkenaan adalah negatif.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru pihak berkuasa tempatan untuk meningkatk­an aktiviti pencegahan dan kawalan denggi serta memastikan kutipan sampah dilakukan sekurangku­rangnya tiga kali seminggu di kawasan pengurusan mereka selain meningkatk­an aktiviti pembersiha­n dan penguatkua­saan untuk membendung masalah pembiakan aedes.

Di samping itu, PBT juga hendaklah meningkatk­an aktiviti pembersiha­n dan penguatkua­saan dilaksanak­an terhadap pembuang sampah haram untuk membendung masalah pembiakan aedes.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia