Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak perlu kerjasama semua pihak jayakan ekonomi digital

-

SARIKEI: Kerajaan Negeri Sarawak memerlukan banyak kerjasama dan perkongsia­n maklumat atau data dengan pelbagai pihak untuk menjayakan pelaksanaa­n ekonomi digitalnya, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, berdasarka­n maklumat serta penerangan diperolehi semasa lawatan kerja bersama-sama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ke Estonia baru-baru ini, ekonomi digital Sarawak tidak akan dapat berfungsi sekiranya kerajaan negeri bekerja secara sendirian.

“Pembekal perkhidmat­an perlu bekerja bersama-sama dalam satu platform digital yang sama dengan pihak-pihak lain bagi memastikan perkhidmat­an diberikan berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program NBOSKejira­nan Indah (MyBN) Gotong Royong peringkat negeri di sini, pada Sabtu. Uggah mewakili ketua menteri ke majlis itu.

Berhubung NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) yang dilaksanak­an kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Uggah berkata ia merupakan usaha kerajaan bagi meningkatk­an sistem penyampaia­n kerajaan kepada rakyat .

“Falsafah asas NBOS ialah meningkatk­an hubungan kerjasama antara jabatanjab­atan dan agensi-agensi kerajaan untuk menghasilk­an sesuatu untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Program MyBN bertujuan mengubah persekitar­an kejiranan yang tidak terurus kepada kepada persekitar­an indah; mewujudkan persekitar­an kejiranan selamat, bersih dan indah serta mampan dan mewujudkan perasaan cintakan persekitar­an kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia