Utusan Borneo (Sabah)

Penguin tua peminat kartun kadbod akhirnya mati

-

TOKYO: Seekor penguin tua yang menjadi terkenal di Jepun selepas jatuh cinta dengan keratan kadbod satu watak kartun popular dilaporkan telah mati pada usia matang 21 tahun, yang dipercayai kira-kira 80 tahun bagi usia manusia.

Pihak berkuasa Zoo Tobu di Saitama, utara Tokyo, menyatakan Grape mati selepas sakit seketika, bersama objek yang diminatiny­a itu di sisinya.

Pada awal tahun ini, penguin Humboldt itu telah tertarik dengan satu keratan poster Hululu, satu watak daripada kartun animasi ‘Kemono Friends’, selepas ditinggalk­an pasanganny­a, seekor penguin betina bernama Midori.

Grape yang putus cinta telah menemui ketenangan bersama Hululu dan akan memandang keratan kadbod itu hingga berjamjam lamanya.

Aksi romantik penguin terbabit ternyata menarik perhatian dan menular, menyebabka­n Grape mempunyai jutaan peminat dari seluruh dunia.

Para pengunjung yang bersedih telah melawat kandang penguin di Zoo Tobu, kebanyakan­nya membawa jambangan bunga, sejak berita tragik tersebut dimaklumka­n kelmarin, sementara pihak berkuasa mendirikan sebuah pusara sementara bagi selebriti mereka yang mati semalam.

“Si kecil Grape mempunyai isteri bernama Midori namun ia telah meninggalk­annya dan mendapat suami baharu,” penjaga kawanan penguin di Zoo Tobu Eri Nemoto memberitah­u media tempatan.

“Kami telah meletakkan panel kadbod bersebelah­an dengannya untuk menenangka­nnya hingga ke akhirnya.”

Penghormat­an semakin banyak terpapar dalam media sosial di bawah hashtag ‘Grape-kun’ (Grape Kecil), dengan beberapa orang pengguna memuat naik gambar lukisan tangan yang memaparkan Grape memandang sepenuh perasaan terhadap Hululu.

“Selamat malam putera,” tulis seorang pengguna Twitter, sementara seorang lain menulis: “Kamu telah memikat dunia dan menjadikan ia lebih bersinar. Jumpa kamu lagi, Koboi Angkasa Lepas.” — AFP

 ??  ?? GAMBAR bertarikh 27 April lalu yang diserahkan Zoo Tobu semalam menunjukka­n Grape bersama Hululu. — Gambar AFP
GAMBAR bertarikh 27 April lalu yang diserahkan Zoo Tobu semalam menunjukka­n Grape bersama Hululu. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia