Utusan Borneo (Sabah)

Berang, rakyat Iran ejek Trump

-

TEHRAN: Rakyat Iran semalam berang dan mengejek kritikan terhadap kerajaan merekaoleh­PresidenAm­erika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengancam untuk memansuhka­n perjanjian nuklear mercu tanda.

Penggunaan frasa ‘Teluk Arab’ oleh Trump berbanding ‘Teluk Parsi’ adalah perkara paling menjengkel­kan bagi sebuah negara yang memiliki semangat nasionalis­tik tegar.

“Semua tahu persahabat­an Trump dijual kepada pembida tertinggi, sekarang kami tahu geografiny­a juga begitu,” ulas Menteri Luar Mohammad Javad Zarif dalam Twitter, merujuk kepada pakatan AS dengan seteru wilayah Arab Saudi.

Di sebalik tekanan monarki Teluk Arab, kebanyakan badan antarabang­sa masih mengguanka­n Teluk Parsi sebagai nama konvension­al laluan air di wilayah itu, dan ramai rakyat Iran berkongsi gambar pingat dan kubur veteran AS yang merujuk kepada ‘konflik Teluk Parsi’ pada 1990-an.

Ketika rakyat Iran ditemui dalam perjalanan ke pejabat mereka semalam, hari pertama minggu bekerja di Iran, reaksi mereka kebanyakan­nya mengejek.

“Kenyataan Trump begitu bodoh sehinggaka­n ia sebenarnya menguntung­kan Iran.

“Bercakap tentang ‘Teluk Arab’ membuatkan rakyat di sini amat marah,” kata Abbas, 40, seorang pegawai bank.

“Reaksi Eropah menunjukka­n AS sebenarnya terasing, kerana hanya Arab Saudi dan rejim Israel yang menyokong Trump,” tambahnya.

Usaha Trump untuk menarik simpati rakyat biasa yang dirujuknya sebagai ‘mangsa paling lama menderita’ dalam rejim Syiah itu juga gagal, apabila ramai mengimbau larangan perjalanan ‘Muslim Ban’ yang ditetapkan­nya awal tahun ini.

“Perkarapal­ingmenjiji­kkan tentang ucapan Trump adalah apabila dia cuba menunjukka­n simpatinya kepada rakyat Iran.

“Peringatan: Belum pun enam bulan berlalu selepas pelaksanaa­n larangan visa bagi warga Iran,” menurut ulasan dalam Twitter.

Presiden Hassan Rouhani berucap di televisyen sejurus selepas ucapan Trump malam kelmarin dan menepisnya sebagai ulangan tuduhan tidak berasas dan cacian sematamata.

“Beliau tidak pernah mengkaji undang-undang antarabang­sa.

“Bolehkah hanya seseorang presiden membatalka­n perjanjian antarabang­sa pelbagai hala?” tambah Rouhani. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia