Utusan Borneo (Sabah)

Polis diharap selesai segera kes tipu dalam talian

Beri maklum balas jika kes selesai, ramai individu mengalami kerugian besar akibat kegiatan sindiket

-

MIRI: Pihak polis diharap dapat menyelesai­kan segera kes penipuan dalam talian (scam) yang menyebabka­n ramai individu di bahagian ini ditipu dan mengalami kerugian besar oleh sindiket terbabit.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, beliau mahu polis memberi maklum balas jika sesuatu laporan yang dibuat dapat diselesaik­an.

“Saya tidak mahu kes ini berpanjang­an, polis perlu ambil tindakan segera, kesan pemilik akaun yang menjalanka­n sindiket penipuan terbabit.

“Orang awam juga saya ingatkan, jangan mudah percaya dengan kata-kata manis mereka yang baharu dikenali melalui laman sosial mahupun panggilan telefon sehingga menyebabka­n anda sanggup menyerahka­n wang yang diminta sindiket ini,” katanya dalam satu kenyataan media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, petang Khamis .

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner (ACP) Lim Meng Seah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Asisten Superinten­dan (ASP) Adianto Mudin.

Tambah Lee merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senadin, Biro Aduan Awam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senadin diketuai Eric Chin juga banyak menerima aduan mengenai ‘Macau,’ ‘Love’ dan ‘Parcel Scam’ ini.

Antara aduan yang diterima termasuk berpura-pura tersekat di Lapangan Terbang Antarabang­sa

“Saya tidak mahu kes ini berpanjang­an, polis perlu ambil tindakan segera, kesan pemilik akaun yang menjalanka­n sindiket penipuan terbabit. Orang awam juga saya ingatkan, jangan mudah percaya dengan kata-kata manis mereka yang baharu dikenali melalui laman sosial mahupun ” panggilan telefon. DATUK LEE KIM SHIN Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

Kuala Lumpur (KLIA).

Mangsa merupakan suri rumah wanita tempatan, mengenali seorang lelaki berasal dari Amerika Syarikat melalui laman sosial.

Lelaki terbabit mendakwa telah menjual semua aset di negara asal dan membawa wang tunai AS$1.8 juta datang ke Malaysia.

Namun, lelaki itu memberitah­u mangsa bahawa dia disekat di KLIA dan meminta wanita itu memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya sebagai cara untuk bebas daripada sekatan.

Akibat percaya pada kata-kata lelaki itu, wanita terbabit kerugian kira-kira RM40,000 setelah melakukan dua transaksi ke akaun lelaki terbabit.

Satu lagi aduan yang biasa diterima ialah cara penipuan menerusi pembekuan akaun bank.

Mangsa merupakan seorang suri rumah tempatan menerima satu panggilank­ononnyadar­isebuahage­nsi pengeluar kad kredit memberitah­u bahawa beliau mempunyai tunggakan bayaran kira-kira RM3,900.

Tambah pihak terbabit, akibat dari tunggakan tersebut, akaun milik wanita itu akan dibekukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), bagi mengelakka­n ia dibeku, mangsa diminta untuk menghubung­i satu nombor yang diberikan.

Mangsa yang panik lalu menghubung­i nombor yang diberikan oleh individu terbabit dan beliau telah diminta untuk melakukan transaksi pemindahan wang dari akaunnya ke satu akaun lain.

Tanpa berfikir panjang, mangsa telah mengeluark­an kesemua wang miliknya termasuk simpanan saham dan memindahka­n ke akaun individu yang tidak dikenali.

Selepas membuat pemindahan itu, mangsa kemudianny­a tersedar tindakanny­a itu salah lalu menghubung­i pihak bank untuk membuat semakan.

Akibat dari tindakan itu, mangsa kerugian RM310,000.

 ??  ?? LEE (dua kiri) menunjukka­n bilangan laporan polis dibuat mangsa penipuan dalam talian di Miri. Kelihatan sama Lim (dua kanan), Adianto (kiri) dan Eric (kanan).
LEE (dua kiri) menunjukka­n bilangan laporan polis dibuat mangsa penipuan dalam talian di Miri. Kelihatan sama Lim (dua kanan), Adianto (kiri) dan Eric (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia