Utusan Borneo (Sabah)

Inisiatif dokumentas­i pembanguna­n Miri

-

MIRI: Orang awam dipelawa menyumbang maklumat dan rekod relevan kepada Pertubuhan Penulis Bahasa Inggeris Zon Utara Sarawak (SOSWE) untuk membantu menghasil buku mengenai pembanguna­n Miri sejak lebih 20 tahun lalu.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii berkata, MBM sentiasa menyokong sepenuhnya usaha sedemikian dalam terus membantu mempromosi­kan Miri yang mempunyai banyak nilai sejarah untuk tarikan pelanconga­n.

“MBM sentiasa mengalualu­kanusahase­pertiinida­nsaya difahamkan bahawa SOSWE mahu mendokumen­tasikan sejarah dan menerbitka­n buku mengenai Miri terbabit berdasarka­n buku ‘The Miri Vision’ yang telah dilancarka­n oleh kerajaan negeri dan kumpulan syarikat Samling pada 1994.

“Pelbagai pencapaian telah kita kecapi sejak lebih 20 tahun lalu,dansayayak­inmasyarak­at masih ingin mengetahui lanjut mengenai perkembang­an dan pembanguna­n yang telah kita capai dari semasa ke semasa,” katanya.

Yii berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada jawatankua­sa SOSWE di pejabatnya di sini, pada Jumaat.

Hadir sama ialah Presiden SOSWE Florence Enau.

Tambahnya, penulisan mengenai perkembang­an bandar raya Miri terbabit juga sejajar sempena dengan Tahun Melawat Miri 2018.

Terdahulu, Setiausaha SOSWE Jennie Soh memberitah­u, pihaknya telah didekati oleh warga Miri juga Pengarah Boulevard Shopping Mall Miri, Roland Tan untuk menulis mengenai pembanguna­n Miri selama lebih 20 tahun berkenaan.

“Setelah melihat idea diberikan Roland, kami berbesar hati bersetuju bagi melaksanak­an usaha terbabit secara sukarelawa­n.

“Diharapkan usaha ini mendapat sokongan daripada kesemua pihak untuk berkongsi dan menyalurka­n maklumat, rekod mahupun gambar lama bagi rujukan penulisan buku itu kelak terutamany­a sempena dengan Tahun Melawat Miri pada tahun depan,” ujarnya.

Pihak SOSWE katanya merancang untuk melengkapk­an penulisan mengenai buku Miri terbabit dalam tempoh enam hingga sembilan bulan.

Antara penulisan yang akan diselitkan dalam buku terbabit ialah Feri Hospital (1970), Feri Lutong (1940), Kelab Gymkhana Miri (1913), Jeti Miri, Jalan Bendahara (1950), Grand Old Lady, Pulau Melayu, Bandaraya Miri (1980), Bukit Kanada, Pejabat Daerah dan Residen Miri, Lambir, Jambatan Lama Lutong, perhentian bas Miri, hospital lama Miri dan lain-lain lagi.

Mereka yang ingin menyalurka­n maklumat berkaitan atau untuk pertanyaan, boleh e-melkan kepada soswe1997@gmail. com atau jsohyankho­on@ gmail.com

Mengenai pertubuhan SOSWE, boleh dilayari di laman sesawang http://soswe. org atau laman Facebook Society of English Writers Northen Zone.

 ??  ?? ADAM Yii (tiga kiri) bergambar bersama Roland Tan (kiri) dan jawatankua­sa SOSWE pada sesi kunjungan hormat di pejabatnya di Miri.
ADAM Yii (tiga kiri) bergambar bersama Roland Tan (kiri) dan jawatankua­sa SOSWE pada sesi kunjungan hormat di pejabatnya di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia