Utusan Borneo (Sabah)

Perlawanan persahabat­an pupuk semangat setiakawan

-

PAPAR: Walaupun dibarisi ramai pemain veteran, namun Pasukan Gabungan Jabatan Negeri dan Persekutua­n Papar (GAJANEP) masih mampu memberi saingan kepada Pasukan Alumnai UIA yang diketuai oleh Pengarah KPDNKK Yahya Hj. Sulaiman dalam perlawanan persahabat­an pada malam Jumaat yang berkesudah­an pasukan GAJANEP tewas 5-3 di Padang Pekan Papar.

Pasukan Alumnai UIA menurunkan bekas pemain kebangsaan Yap Wai Lon serta beberapa bekas pemain liga simpanan dan negeri termasuk Dominic Minci yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan.

Pujian harus diberi kepada pasukan GAJANEP yang memberi tentangan sengit dari awal tiupan wisel hingga penamat yang diterajui oleh trio pasukan tersebut iaitu Mumin, AK. Raimie dan Masnor yang masing-masing menjaringk­an gol.

Menurut Mumin Amsah yang juga merupakan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Papar ketika ditemui berkata, tujuan perlawanan persahabat­an ini adalah sebagai memartabat­kan lagi sukan bolasepak tidak kira di peringkat veteran atau belia.

Katanya, aktiviti seumpama ini juga akan diteruskan pada masa-masa akan datang yang secara tidak langsung mampu memberi impak positif dengan cara gaya hidup yang sihat dan ceria sepanjang masa.

Di akhir perlawanan, Yahya dianugerah­kan sebagai ‘Penjaga Gol Terbaik’ sementara Mumin dinobatkan selaku ‘Permain Berpengaru­h’ sepanjang berlawanan dan AK Raimie dianugerah­kan sebagai ‘Penyerang Berkaliber’.

 ??  ?? PENJARING gol GAJANEP, AK.Ramie bersama Mumin Amsah (kiri). AG.DAMIT @ Buchu sempat merakamkan gambar bersama Yap Wai Lon sebelum perlawanan. PASUKAN Alumnai UIA merakamkan gambar kenangan sebelum perlawanan diketuai oleh Yahya (duduk tengah).
PENJARING gol GAJANEP, AK.Ramie bersama Mumin Amsah (kiri). AG.DAMIT @ Buchu sempat merakamkan gambar bersama Yap Wai Lon sebelum perlawanan. PASUKAN Alumnai UIA merakamkan gambar kenangan sebelum perlawanan diketuai oleh Yahya (duduk tengah).
 ??  ?? PENGADIL perlawanan, (dari kanan) Nijam , Yahya (Penjaga Gol Terbaik) dan Guntur.
PENGADIL perlawanan, (dari kanan) Nijam , Yahya (Penjaga Gol Terbaik) dan Guntur.
 ??  ?? PASUKAN GAJANEP, Masnor Mansur (berdiri tengah) merangkap pemain dan jurulatih).
PASUKAN GAJANEP, Masnor Mansur (berdiri tengah) merangkap pemain dan jurulatih).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia