Utusan Borneo (Sabah)

Memperinga­ti sumbangan atlet Galeri atlet tempatan bakal wujud di Labuan

-

LABUAN: Bagi menghargai atlet-atlet kelahiran Labuan yang telah mengharumk­an nama Wilayah Persekutua­n Labuan di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa, sebuah galeri sukan bakal diwujudkan di sini.

“Ia sebagai satu langkah bagi mengenang jasa anakanak WP Labuan di samping merekodkan segala pencapaian yang telah disumbangk­an oleh mereka untuk diketahui umum khususnya oleh masyarakat WP Labuan itu sendiri,” kata Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Haji Isli.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran galeri sukan tersebut pada sidang media sempena Hari Sukan Negara Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan 2017 di Dataran Labuan, pada Sabtu.

Menurut Rozman, galeri yang terletak di Kompleks Sukan Labuan yang masih dalam pembinaan itu turut dijadikan tempat koleksi bagi menempatka­n barang-barang peribadi atlet seperti pingat, piala, baju, jersi mahupun sumbangan peribadi atlet-atlet sukan kelahiran Labuan yang sudah menempa kejayaan bagi jenis-jenis sukan yang mereka ceburi.

“Justeru ia akan menaikan lagi semangat anak-anak muda Labuan khususnya dalam menaikkan nama Labuan dalam bidang sukan,” katanya.

Katanya, Labuan juga memiliki dan melahirkan ramai atlet sukan dari dahulu hingga kini seperti legenda bolasepak negara Datuk Hassan Sani, pemain bolasepak negara dan kelab JDT Mohd Hazwan Bakri, atlet sukan Paralimpik Mohd Khairul Hazwan Wahab serta lain-lain lagi yang telah menyumbang­kan jasa kepada negara.

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan Mohd Hazan Dahari berkata, lebih tujuh ribu masyarakat Labuan telah menyertai pelbagai jenis sukan yang dianjurkan di peringkat kampung, komuniti serta yang

“Ia sebagai satu langkah bagi mengenang jasa anak-anak WP Labuan di samping merekodkan segala pencapaian yang telah disumbangk­an oleh mereka untuk diketahui umum khususnya oleh masyarakat WP Labuan itu ” sendiri. DATUK ROZMAN HAJI ISLI

Ahli Parlimen Labuan hadir pada hari ini di Dataran Labuan sempena Hari Sukan Negara.

Beliau optimis masyarakat Labuan memberikan sokongan padu terhadap penganjura­n Hari Sukan Negara yang disambut serentak di seluruh negara hari ini (Sabtu).

Pada perasmiann­ya pagi Sabtu, turut diadakan beberapa anugerah kepada atlet-atlet baharu dan yang lama di samping anugerah tokoh sukan khas.

Turut hadir, Senator Dewan Negara Datuk Bashir Haji Alias serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Azhar Ahmad.-PENERANGAN

LABUAN

 ??  ?? ROZMAN (dua dari kiri) melepaskan perserta Fun Ride sejauh 32 kilometer, sambil diperhatik­an oleh Bashir (tiga dari kanan), Azhar (dua dari kanan) dan Hazan (kiri sekali).
ROZMAN (dua dari kiri) melepaskan perserta Fun Ride sejauh 32 kilometer, sambil diperhatik­an oleh Bashir (tiga dari kanan), Azhar (dua dari kanan) dan Hazan (kiri sekali).
 ??  ?? ROZMAN merakamkan gambar kenangan bersama para penerima anugerah sempena Hari Sukan Negara.
ROZMAN merakamkan gambar kenangan bersama para penerima anugerah sempena Hari Sukan Negara.
 ??  ?? ROZMAN ketika berucap merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Labuan.
ROZMAN ketika berucap merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia