Utusan Borneo (Sabah)

Gulati tidak akan letak jawatan, pikul tanggungja­wab atas kegagalan AS

-

CHICAGO: Presiden Persekutua­n Bola Sepak Amerika Syarikat (AS) Sunil Gulati kelmarin berkata dia tidak akan meletak jawatan, malah mungkin akan bertanding semula bagi jawatan tersebut walaupun pasukan AS gagal untuk layak ke Piala Dunia pada tahun depan di Rusia.

Hanya beberapa minit sahaja selepas jurulatih AS Bruce Arena meletak jawatan ekoran kekalahan 2-1 pada Selasa lepas di Trinidad and Tobago, yang menyaksika­n AS gagal untuk layak ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 1986, Gulati menerima tanggungja­wab bagi kegagalan yang memalukan itu.

“Ia adalah satu kejutan kepada sistem. Kami menjangka sepenuhnya untuk layak,” katanya.

“Ia amat mengecewak­an. Saya sudah tentulah memikul tanggungja­wab bagi kegagalan kami untuk layak ke Rusia.”

Gulati, seorang warga Amerika kelahiran India berusia 58 tahun, kemudian menggarisk­an kenapa dia fikir dia masih orang yang sesuai untuk membimbing program itu kembali daripada kegagalan, termasuk peranan AS dalam bidaan bersama dengan Mexico dan Kanada bagi Piala Dunia 2026.

“Saya tidak merancang untuk meletak jawatan,” kata Gulati. “Kami ada banyak perkara dalam agenda kami, termasuk bidaan Piala Dunia yang dijadualka­n pada Mac.

“Saya tidak merancang untuk berbuat demikian – kerana segalanya, di mana sukan ini berada sekarang, peranan yang saya mainkan di dalamnya dan ke mana ia dapat pergi jika saya memilih untuk bertanding semula.”

Gulati menjadi presiden US Soccer pada 11 Mac 2006, dan menamatkan penggal selama empat tahun dalam jawatankua­sa eksekutif FIFA pada awal tahun ini. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia