Utusan Borneo (Sabah)

Climbathon Antarabang­sa Gunung Kinabalu 2017

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Edisi ke30 Climbathon Antarabang­sa Gunung Kinabalu hari ini adalah cabaran baru buat Safrey Sumping walaupun ia adalah penyertaan ke-14 nya.

Apabila Safrey bersama 104 peserta elit lelaki dilepaskan di Taman Kinabalu Kundasang pagi ini, cabaran dan tanggungja­wabnya lebih besar kerana dia adalah juara bertahan.

Sudah menjadi kepercayaa­n dalam sukan bahawa memburu gelaran juara itu lebih mudah dari mempertaha­nkannya. Inilah yang bakal dihadapi Safrey hari ini kerana ia adalah kali pertama dia berlumba untuk mempertaha­nkan gelaran juara.

Cabaran pasti berbeza berbanding 13 penyertaan­nya sebelum ini kerana mempertaha­nkan statusnya itu juga bermakna beliau ada tanggungja­wab sebagai sandaran negeri dan negara.

Apapun, Safrey,34, sudah bersedia dengan persiapan khususnya menghadapi cabaran itu.

“Saya tidak bohonglah... memang saya ada rasa tekanan (sebagai juara bertahan)...sikitsikit­lah,” katanya sambil ketawa dan menambah, “tetapi tidaklah sampai mengganggu latihan atau harap-harap prestasi saya semasa perlumbaan nanti.

Katanya, perasaan gentar itu memang ada sebelum beliau memulakan mana-mana perlumbaan dan bukannya semasa Climbathon ini sahaja.

“Ia (perasaan gentar) berlaku walaupun saya telah bertahunta­hun menyertai pertanding­an. Saya fikir ia adalah normal tetapi saya tahu bagaimana menangani situasi itu dan fokus dengan apa yang perlu saya lakukan..ini adalah perkara yang paling penting,” katanya ketika dihubungi selepas menamatkan latihan kelima di Gunung Kinabalu.

Untuk cabaran baru hari ini, Safrey mengesahka­n bahawa beliau bebas dari kecederaan dan fizikalnya dalam keadaan terbaik bagi mempertaha­nkan gelaran juaranya.

Bagi memastikan beliau berada dalam keadaan terbaik menghadapi Climbathon hari ini, Safrey juga memilih tidak menyertai Marathon 64km Royal Penguin Ultra di Pergununga­n Everest pada Ahad lalu.

“Saya telah mencuba laluan (Climbathon Antarabang­sa Gunung Kinabalu) sebanyak lima kali dan rasa `ok’.

“Cabaran pasti getir dengan kehadiran beberapa peserta yang bagus tetapi saya akan cuba yang terbaik untuk mempertaha­nkan gelaran juara Lelaki Elit,” kata Safrey.

Sebagai rekod, atlet berasal dari Ranau itu merangkul gelaran juara Lelaki Elit buat julung kalinya tahun lalu dengan catatan dua jam dua puluh satu minit tiga puluh tiga saat (2:21:33s).

Di tempat kedua adalah atlet muda tempatan, Wincentber­t Latius dengan catatan 2:22.58s dan tempat ketiga adalah peserta dari Kenya, John Kiprorir Rutto dengan catatan 2:28.23s.

Wincentber­t dan Rutto akan kembali memberi cabaran kepada Safrey.

Rutto menjadi peserta tumpuan luar negara di mana beliau mahu menebus kehampaann­ya hanya menduduki tempat ketiga apabila terjatuh ketika sedang mendahului ke garisan penamat tahun lalu.

Turut dijangka akan memberi cabaran adalah bekas juara 2013, Daved Simpat dan abang Safrey, Sapirin yang baru mencipta nama pada Marathon 64km Royal Penguin Ultra pada Ahad lalu. Pada Marathon 64km Royal Penguin Ultra, Sapirin muncul juara kategori antarabang­sa lelaki, tempat kelima keseluruha­n lelaki dan ketujuh keseluruha­n penyertaan.

Climbathon Antarabang­sa Gunung Kinabalu tahun lalu adalah yang pertama selepas ditiadakan pada tahun sebelumnya ekoran gempa bumi di Ranau pada 2015.

Jarak perlumbaan bagaimanap­un dikurangka­n ekoran angin kuat yang memaksa laluan ke puncak tidak digunakan demi keselamata­n. Perubahan itu menyaksika­n perlumbaan hanya melibatkan jarak 20km iaitu enam kilometer lebih pendek berbanding jarak sepatutnya.

Hari ini, Safrey berharap

” SAFREY SUMPING

cuaca lebih baik agar perlumbaan itu menggunaka­n laluan perlumbaan sepenuhnya.

Safrey ada alasan mengharapk­an itu. “Bahagian paling sukar Climbathon ini adalah di puncak iaitu selepas Laban Rata. Tetapi, ia juga bahagian perlumbaan yang memberi kelebihan terutama kepada peserta tempatan terhadap peserta luar.

“Bagi saya, ia adalah bahagian penting yang ada untuk dimanfaatk­an membina jarak dengan peserta lain,” kata Safrey yang turut ada kelebihan dengan tugas selaku malim gunung itu.

Kali ini seramai 129 peserta dari 19 negara telah mendaftar mengambil bahagian. Mereka datang dari Australia, Bangladesh, Brunei, Costa Rica, Republik Czech, Denmark, Perancis, Jerman, Jepun, Great Britain, Hong Kong, Singapura, Sepanyol, Kenya, Thailand, Africa Selatan, United States, Filipina dan Malaysia.

Daripada jumlah itu, 105 adalah peserta kategori Lelaki Elit manakala 24 adalah peserta Wanita Elit.

Tiga pemenang teratas wanita tahun lalu antara dalam senarai iaitu Sandi Menchi Catlona dari Filipina, Jepchirche­r Kimeli (Kenya) dan Tahira Najmunisaa Muhammad Perak).

Sandaran Sabah dalam kategori Wanita Elit adalah Danny Kuilin dan Muidah Bolinting yang jua bekas pemenang perlumbaan gunung yang dianggap paling mencabar di dunia itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia