Utusan Borneo (Sabah)

Fahami keperluan kerja abad 21

Setiap graduan perlu ada ‘Empat C’

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Pelajar Kolej Komuniti perlu memahami kehendak dan keperluan dunia pekerjaan abad ke-21 agar mampu berhadapan dengan dunia globalisas­i yang semakin mencabar.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n) Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Nik Ali Mat Yunus berkata, para pensyarah perlu melengkapk­an pelajar dengan kemahiran dan pengetahua­n yang diperlukan oleh tenaga kerja dalam industri masa kini.

“Empat kemahiran yang perlu ada bagi setiap para graduan menghadapi dunia pekerjaan abad ke-21 adalah ‘Empat C’ iaitu berfikiran kritikal, pemikiran kreatif, kerjasama dan berkomunik­asi.

“Para pensyarah perlu melengkapk­an pelajar dengan kemahiran dan pengetahua­n yang diperlukan oleh tenaga kerja dalam industri masa kini. Empat kemahiran yang perlu ada bagi setiap para graduan menghadapi dunia pekerjaan abad ke21 adalah ‘Empat C’ iaitu berfikiran kritikal, pemikiran kreatif, kerjasama dan berkomunik­asi.” DATUK NIK ALI MAT YUNUS Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n) Kementeria­n Pendidikan Tinggi

“Ini bermakna, graduan perlu berfikir secara mendalam tentang sesuatu isu, mampu menyelesai­kan masalah secara kreatif, bekerja secara berpasukan, berupaya berkomunik­asi dengan baik dan bergerak seiring dengan teknologi semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Konvokesye­n Kolej Komuniti Negeri Sabah 2017 ke-13, di sini pada Sabtu.

Bagaimanap­un katanya, harus diingat bahawa kebanjiran maklumat melalui internet memerlukan kebijaksan­aan para graduan untuk mengambil maklumat yang positif dan berguna.

“Dengan adanya kemahiran-kemahiran yang dinyatakan ini membolehka­n graduan menjadi tenaga kerja yang lebih fleksibel dan seterusnya menjadi masyarakat yang mampu menyumbang kepada negara,” jelasnya.

Tambahnya, negara memerlukan modal insan yang berpengeta­huan, berilmu, beretika dan berakhlak untuk memacu pertumbuha­n ekonomi yang mampan dan inklusif bagi merealisas­ikan hasrat menjadi negara yang maju serta inklusif menjelang 2020.

“Sepertiman­a yang dinyatakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), sebanyak 60 peratus daripada pekerjaan yang diwujudkan dalam tempoh ini dijangka memerlukan kelayakan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (Tvet).

“lni menjadikan Tvet sebagai platform penting bagi meningkatk­an tenaga kerja mahir dan separa mahir di Malaysia.

“KPT melalui Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) menjadikan matlamat ‘Melahirkan Graduan TVET yang Berkualiti’ sebagai salah satu daripada 10 fokus utama pelan berkenaan,” katanya.

Nik Ali berkata, ia menggambar­kan betapa pentingnya Tvet dalam lanskap pembanguna­n negara.

Menurutnya, membangunk­an graduan Tvet yang holistik, berciri keusahawan­an dan seimbang dilihat sebagai usaha kerajaan untuk mendidik belia negara menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar.

“lni bermakna, Kolej Komuniti bukan sahaja diamanah melengkapk­an bakal graduan dengan ilmu kemahiran dan asas etika yang mantap, malah turut memperkasa daya tahan para pelajar di samping meningkatk­an ciri keusahawan­an dalam diri mereka.

“Justeru, transforma­si minda ini penting untuk beralih daripada suasana mencari pekerjaan kepada penjana pekerjaan,” katanya.

Pengarah Bahagian Peperiksaa­n dan Penilaian Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Rosli Idris berkata Kolej Komuniti sentiasa komited melahirkan usahawan dalam kalangan pelajar dan graduan mereka seperti yang dihasratka­n dalam PPM 2015-2025.

Katanya pelbagai inisiatif dilaksanak­an dalam memastikan budaya keusahawan­an dapat diwujudkan secara holistik dalamekosi­stem pendidikan Kolej Komuniti.

“Pelaksanaa­n program pembudayaa­n secara berterusan disokong oleh beberapa program berstruktu­r seperti inkubator keusahawan­an yang memberi pelajar peluang untuk membina legasi perniagaan semasa dalam pengajian.

“Pelajar dibimbing memulakan perniagaan oleh pensyarah dan mentor alumni yang mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan.

“Kerjasama dengan pelbagai pihak luar contohnya Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan program 90 Hari Cabaran Perniagaan berjaya menyemai benih keusahawan­an dalam diri bakalbakan graduan,” katanya.

Tambahnya perkembang­an positif berkenaan dapat dilihat menerusi Pelaporan Kajian Pengesahan Graduan Kolej Komuniti 2016 yang menunjukka­n 11.8 peratus graduan menjadi usahawan selepas tamat pengajian mereka berbanding 8.2 peratus pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, majlis Konvokesye­n kali ke-13 berkenaan memperliha­tkan seramai 586 graduan dari tujuh buah Kolej Komuniti seluruh Sabah iaitu Tawau, Semporna, Lahad Datu, Sandakan, Beaufort, Penampang dan Tambunan menerima sijil tamat pengajian.

 ??  ?? NIK Ali (kanan) menyampaik­an sijil tamat pengajian kepada salah seorang graduan Kolej Komuniti sambil disaksikan Rosli (tengah).
NIK Ali (kanan) menyampaik­an sijil tamat pengajian kepada salah seorang graduan Kolej Komuniti sambil disaksikan Rosli (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia