Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan Projek Rumah Komuniti

UMS terjemahka­n hasil penyelidik­an kepada masyarakat

- PROSES pembinaan sedang dijalankan dengan melibatkan pelajar Kolej Komuniti Tawau dan Kolej Vokasional Tawau.

UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) terus memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat dengan menghasilk­an pelbagai penyelidik­an yang kemudianny­a diterjemah­kan kepada komuniti setempat untuk dimanfaatk­an.

Terbaru, UMS berdasarka­n kepakaran para penyelidik di Fakulti Kejurutera­an (FKJ) dilantik mengetuai pembinaan Projek Rumah Komuniti Tawau yang diinspiras­ikan oleh Ahli Parlimen Tawau merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching.

Dengan keluasan sebanyak 650 kaki persegi, seunit rumah komuniti itu dilengkapi dengan ruang tamu, dapur, tiga buah bilik dan satu tandas untuk didiami golongan yang kurang berkemampu­an di daerah Tawau.

Projek yang mendapat peruntukan Geran Penyelidik­an Translatio­nal Kementeria­n Pendidikan Tinggi sebanyak RM1 juta itu turut dijayakan bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ketua projek bersama, Prof. Ir. Dr. Abdul Karim Mirasa ketika ditemui berkata, pembinaan rumah pertama bagi rumah komuniti itu telah dimulakan pada 12 September lalu dan kini siap sebanyak 85 peratus.

“Kecepatan pembinaan rumah ini agak luar biasa kerana kita menggunaka­n sistem Interlocki­ng Brick Constructi­on (IBC) yang mana teknik penyusunan­nya agak mudah seperti kita menyusun mainan lego kanak-kanak.

“Oleh itu, seunit rumah dianggarka­n mampu disiapkan hanya dalam tempoh sebulan atau mungkin lebih awal bergantung kepada faktor cuaca,” katanya.

Beliau berkata, bagi rumah pertama dari projek itu, ia dijangka siap sepenuhnya dengan dilengkapi kemudahan asas seperti air dan elektrik pada 22 Oktober.

“Selain tempoh pembinaan yang menjimatka­n masa, kos pembinaan juga lebih murah sehingga 20 peratus berbanding pembinaan yang menggunaka­n pendekatan konvension­al.

“Dalam masa yang sama, tiada acuan (formwork) dan kerja-kerja melepa (platering) diperlukan menggunaka­n teknik ini,” jelas beliau yang juga Dekan Fakulti Kejurutera­an UMS.

Ujar beliau, UMS akan membina sebanyak 10 buah rumah komuniti di kawasan terpilih daerah Tawau yang turut melibatkan bantuan teknikal industri, Kolej Vokasional Tawau dan Kolej

“Kecepatan pembinaan rumah ini agak luar biasa kerana kita menggunaka­n sistem Interlocki­ng Brick Constructi­on (IBC) yang mana teknik penyusunan­nya agak mudah seperti kita menyusun mainan lego kanakkanak. Oleh itu, seunit rumah dianggarka­n mampu disiapkan hanya dalam tempoh sebulan atau mungkin lebih awal ” bergantung kepada faktor cuaca. PROF. IR. DR. ABDUL KARIM MIRASA Ketua projek bersama

Komuniti Tawau.

“Penglibata­n dalam kalangan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti ini sekali gus memberi peluang kepada mereka mendapatka­n pengalaman dan merasai sendiri teknik pembinaan yang popular digunakan di Eropah dan di negara maju yang lain,” katanya.

Menyentuh mengenai IBC, Prof. Ir. Dr. Abdul Karim berkata, ia merupakan revolusi baharu dalam pembinaan yang menyaksika­n batu bata dihasilkan menggunaka­n kaedah tekanan mesin menggantik­an kaedah pembakaran bagi menghasilk­an batu bata yang lebih kuat dan dimensi yang lebih tepat.

“Selaras dengan teknologi hijau yang mendukung kelestaria­n alam sekitar, kita menggunaka­n hasil inovasi penyelidik FKJ UMS iaitu Ultrafine Palm Oil Fuel Ash dan bahan buangan kuari sebagai sebahagian bahan campuran selain dari simen, pasir dan tanah liat,” tambahnya.

Justeru beliau turut menyuaraka­n kebanggaan terhadap para penyelidik UMS yang terlibat bagi memastikan kejayaan projek perumahan berkenaan.

“Mereka yang menjadi tulang belakang untuk kejayaan projek ini ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabang­sa) FKJ, Prof. Madya Dr. Ismail Saad; Pensyarah FKJ, Prof. Madya Dr. Nurmin Bolong, Dr. Hidayati Asrah, Lim Chung Han serta seorang Pembantu Penyelidik, Nurul Shahadahtu­l Afizah Asman.

“Mereka bukan sahaja memberi kebanggaan kepada UMS malah kepada seluruh masyarakat Tawau kerana kesemua mereka ini adalah anak jati daerah itu,” katanya.

Prof. Ir. Dr. Abdul Karim juga merakamkan setinggiti­nggi terima kasih kepada Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi), Prof. Dr. Shahril Yusof kerana sentiasa menyokong usaha yang dijalankan­nya bersama kumpulan penyelidik yang terlibat sehingga mencapai ke tahap yang amat memberangs­angkan.

“Saya juga pada kesempatan ini ingin mengucapka­n terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching kerana memberi kepercayaa­n kepada UMS untuk mengetuai projek perumahan komuniti ini.

“Saya juga ingin menyampaik­an penghargaa­n kepada Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Ir. Dr. Paduka Siti Hamisah Tapsir di atas cadangan dan sokongan yang diberikan untuk pihak UMS dan UTM menjalanka­n projek ini,” katanya.

Beliau berkata, pihak UMS sememangny­a sangat bertuah apatah lagi projek itu membolehka­n sebuah mesin pembuatan batu bata IBC bernilai RM300,000 akan ditempatka­n di Kampus UMS Kota Kinabalu untuk memastikan projek pembinaan rumah komuniti itu berjalan lancar selain untuk tujuan penyelidik­an berterusan bagi memperting­katkan kaedah pembinaan yang lebih efisien.

Beliau turut mengalualu­kan pihak industri dan orang perseorang­an yang ingin mengadakan kerjasama dengan UMS berhubung pembinaan rumah yang menggunaka­n kaedah IBC.

“UMS sentiasa dengan tangan terbuka untuk sebarang perbincang­an dan jalinan kerjasama, saya pasti dengan kepakaran yang kita ada mampu memenuhi keperluan selain memberi panduan kepada pihak industri bagi manfaat dan hasil yang optimum,” ujar Prof. Ir. Dr. Abdul Karim mengakhiri kata-katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA yang terlibat dalam menjayakan Projek Rumah Komuniti Tawau. Turut kelihatan Prof. Ir. Dr. Abdul Karim Mirasa (depan lima kiri).
ANTARA yang terlibat dalam menjayakan Projek Rumah Komuniti Tawau. Turut kelihatan Prof. Ir. Dr. Abdul Karim Mirasa (depan lima kiri).
 ??  ?? BATU bata Interlocki­ng Brick Constructi­on (IBC) yang digunakan untuk pembinaan rumah komuniti.
BATU bata Interlocki­ng Brick Constructi­on (IBC) yang digunakan untuk pembinaan rumah komuniti.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia