Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 3,000 jayakan Program Coca-ColaKU Via KPDNKK 2017

- Oleh SADDAM EDRIS

SERAMAI lebih 3,000 orang terdiri pelajar, usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menjayakan Program Coca-ColaKU (Komuniti Usahawan) Via Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) 2017 yang berlangsun­g di Dewan Kuliah Pusat Kedua Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini bermula Sabtu.

Program yang diadakan selama dua hari itu adalah julung kali diadakan oleh KPDNKK dengan kerjasama Pusat Penyelidik­an dan Pembanguna­n Keusahawan­an (ERDEC) UMS dan Multinatio­nal Company (MNC) Coca- Cola Malaysia.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, program itu menyasarka­n kesemua usahawan atau bakal usahawan dalam kalangan penuntut institusi pengajian tinggi di negara ini untuk mendapatka­n latihan serta sokongan bagi mengembang­kan perniagaan.

Katanya, modul yang diaplikasi­kan melalui program itu pula termasukla­h kaedah memulakan perniagaan, penyimpana­n rekod perniagaan harian, pengurusan perbelanja­an dan pendapatan, mengawalse­lia aliran tunai, penjenamaa­n, dan pemasaran produk secara ringkas dan komprehens­if.

“Program Coca-ColaKu Via KPDNKK ini akan menyediaka­n latihan perniagaan dalam segala aspek asas berdasarka­n pengalaman perniagaan jenama Coca-Cola, manakala KDPNKK pula akan membantu menyediaka­n peserta yang mempunyai minat untuk menceburi bidang keusahawan­an.

“Matlamat utama bagi program keusahawan­an ini adalah supaya peserta diberikan latihan dapat memulakan perniagaan mereka sendiri secara mikro atau kecil-kecilan,” katanya ketika merasmikan Program Keusahawan­an Coca ColaKu Via KPDNKK dan UMS 2017, di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Profesor Madya Dr Raman B Noordin.

Kamarudin berkata, hasrat itu juga selari dengan usaha Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) untuk membudayak­an dan menghasilk­an graduan bercirikan keusahawan­an.

Sehubungan itu katanya, ERDEC UMS dengan kerjasama pihak luar turut merancang pelbagai aktiviti keusahawan­an di dalam kampus bagi memastikan graduan UMS dapat mendalami ciri-ciri keusahawan­an sebenar.

Justeru, beliau berharap agar program yang bersifat Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu terus dilaksanak­an sekaligus mencapai matlamat bagi membangunk­an masyarakat, memperting­katkan pendapatan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di negara ini.

Terdahulu, seramai 11,550 peserta mendapat manfaat daripada program ini melibatkan sembilan IPT yang mula diadakan di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) pada 29 April lepas, disusuli Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Sultan UnisZa, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), UMS, dan akan berakhir di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada 25 Okt depan.

Selain itu, Program Citarasa di Bawah Bayu melibtkan 97 usahawan PKS turut diadakan secara serentak bersempena program Coca ColaKU bagi memberi peluang mempromosi­kan produk keluaran tempatan.

Turut hadir ialah Pengarah ERDEC UMS Dr. Bonaventur­e Boniface, Ketua Perhubunga­n Awam dan Komunikasi Malaysia, Singapura-Brunei Coca Cola Bottling Investment Group Finaswani Mohd Zain, dan wakil Pengarah KPDNKK Geoffrey Gumalang.

 ??  ?? RAMAN (tengah, baris hadapan) bersama tetamu kehormat lain merakam gambar kenangan bersama peserta yang hadir pada Majlis Perasmian Program Keusahawan­an Coca ColaKu Via KPDNKK dan UMS 2017 di sini pada Sabtu.
RAMAN (tengah, baris hadapan) bersama tetamu kehormat lain merakam gambar kenangan bersama peserta yang hadir pada Majlis Perasmian Program Keusahawan­an Coca ColaKu Via KPDNKK dan UMS 2017 di sini pada Sabtu.
 ??  ?? RUMAH pertama sudah 85 peratus siap.
RUMAH pertama sudah 85 peratus siap.
 ??  ?? FINASWANI (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Raman pada majlis berkenaan.
FINASWANI (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Raman pada majlis berkenaan.
 ??  ?? RAMAN menyempurn­akan gimik perasmian Program Keusahawan­an Coca ColaKu Via KPDNKK dan UMS 2017.
RAMAN menyempurn­akan gimik perasmian Program Keusahawan­an Coca ColaKu Via KPDNKK dan UMS 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia