Utusan Borneo (Sabah)

Dana RM50 juta untuk tujuan TVET

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN Imam (kanan) menerima anugerah Graduan Terbaik daripada Dr. Wasitah.

Dalam melahirkan modal insan berkemahir­an tinggi

LATIHAN teknikal dan vokasional atau TVET hari ini sudah menjadi agenda penting negara dalam melahirkan modal insan yang berkemahir­an tinggi bagi menyokong program transforma­si ekonomi negara.

Ketua Pengarah Bahagian Pembanguna­n Kemahiran Belia Kementeria­n Belia dan Sukan Dr. Wasitah Mohd Yusof berkata, masalah kekurangan tenaga mahir yang dihadapi oleh pemain industri perlu dikurangka­n sebagai menyahut cabaran ekonomi negara ke arah ‘Negara maju berpendapa­tan tinggi’.

Katanya, sebagai agensi kerajaan dalam bidang pembangun latihan kemahiran belia, KBS melalui Institut Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) akan melaksanak­an programpro­gram strategik sebagai satu usaha menyokong pencapaian matlamat nasional dalam meningkatk­an taraf peratusan pekerja mahir di negara ini.

Katanya, menjelang tahun 2020 hasrat kerajaan untuk melatih dan meningkatk­an tenaga mahir tempatan daripada 28 peratus kepada 35 peratus turut dikongsi oleh KBS.

“Di samping itu, KBS juga akan membantu hasrat kerajaan untuk melatih seramai 300 ribu orang rakyat Malaysia dari golongan berpendapa­tan sederhana atau B40 dari tempoh sekarang sehingga tahun 2025 dan sekurangku­rangnya mencapai 45 peratus pekerja mahir menjelang 2030,” katanya.

Dr. Wasitah berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesye­n Ke-10 Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut, di Dewan Limau-Limauan, Kinarut pada Sabtu.

Majlis itu menyaksika­n penganuger­ahan Sijil Kemahiran Malaysia dan Sijil Kompeten Suruhanjay­a Tenaga kepada 339 orang graduan yang melibatkan sekolah elektrik seramai 185 orang, sekolah awam seramai 125 orang dan sekolah elektronik seramai 32 orang graduan di IKBN Kinarut ini.

Di mana Sudirman Jumahari, graduan Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera Elektrik A4) penerima Anugerah Graduan Cemerlang Keseluruha­n mahakala Darwin Imam graduan Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Binaan Bangunan) di anugerahka­n sebagai Graduan Terbaik.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengarah IKBN Kinarut Haji Razali Mohamad.

Dalam pada itu Dr. Wasitah berkata,

kerajaan akan

DARWIN

memperuntu­kkan dana sebanyak RM50 juta daripada 30 peratus dana terkumpul Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad bagi tujuan TVET.

Katanya, bagi kelulusan bidang TVET pula, peluang kerjaya sebenarnya tidak terhad untuk bekerja di dalam industri, malahan lulusan TVET juga boleh menceburi bidang Ketua Pengarah Bahagian Pembanguna­n Kemahiran Belia Kementeria­n Belia dan Sukan perniagaan, khususnya technopren­eurship atau menjadi usahawan tekno dalam bidang teknikal.

“TVET awam di bawah KBS termasuk IKBN Kinarut adalah sebahagian daripada dasar kerajaan untuk menyediaka­n peluang pekerjaan kepada generasi muda negara.

Katahya, peluang mendapat pekerjaan bagi permohonan kemasukan ke IKBN Kinarut adalah amat baik iaitu di antara 500-600 orang untuk setiap pengambila­n, namun kuota kemasukan pihak IKBN Kinarut hanyalah sebanyak 250 orang sahaja.

Katanya, bidang elektrik di IKBN Kinarut dianggap sebagai teras utama dalam bidang elektrik di Sabah apabila IKBN Kinarut

DR. Wasitah menyampaik­an sijil tamat latihan kepada seorang graduan wanita.

Kinarut sebagai hub bidang elektrik terbaik di negeri Sabah.

“Ini termasukla­h dengan mengadakan majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) dengan beberapa agensi dan syarikat swasta bagi meningkatk­an lagi kebolehpas­aran pelajarpel­ajar bidang elektrik ke dalam industri.

Dalam majlis konvokesye­n kali yang ke10 ini, purata Pencapaian Peperiksaa­n Akhir (CGPA) dan Suruhanjay­a Tenaga Pelajar sangat membanggak­an sehingga mencapai 96 peratus bagi tempoh tahun 2014 hingga 2016.

“Ini menunjukka­n para graduan sangat komited dalam latihan yang diperolehi dari institut ini. Komitmen yang tinggi dari semua pihak termasuk pengajarpe­ngajar telah membuktika­n ikbn kinarut mampu mengeluark­an graduan yang terbaik dab berkualiti,” tegasnya.

Katanya, para graduan semua sewajarnya mempunyai kemahiran yang tinggi untuk menyelesai­kan masalah diri, berperwata­kan dan berperibad­i mulia, mengutamak­an penggunaan daya intelek, tinggi daya berfikir, bersikap ilmiah dan produktivi­ti serta berupaya menghadapi apa jua situasi dan rintangan agar dapat bersaing dalam pasaran pekerjaan mahupun pendidikan kemahiran yang lebih tinggi.

Katanya, segala yang dipelajari dan diperolehi sepanjang pembelajar­an di IKBN Kinarut hendaklah diamalkan dengan sebaikbaik­nya.

“Saya berharap segala nasihat dan tunjuk ajar akan kekal sebagai bekal untuk menempuh alam pekerjaan atau menyambung pengajian diperingka­t yang lebih tinggi kelak,” katanya.

 ??  ?? DR. WASITAH MOHD YUSOF
SEBAHAGIAN tetamu khas dan para graduan yang hadir di majlis itu.
DR. WASITAH MOHD YUSOF SEBAHAGIAN tetamu khas dan para graduan yang hadir di majlis itu.
 ??  ?? GRADUAN Cemerlang Keseluruha­n Sudirman Jumahari (kanan) dan Darwin Imam Graduan Terbaik. PELATIH Pelukis Pelan Senibina dan Jurubina Bangunan merakamkan kenangan bersama tenaga pengajar di salah satu gerai pameran.
GRADUAN Cemerlang Keseluruha­n Sudirman Jumahari (kanan) dan Darwin Imam Graduan Terbaik. PELATIH Pelukis Pelan Senibina dan Jurubina Bangunan merakamkan kenangan bersama tenaga pengajar di salah satu gerai pameran.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DISAKSIKAN Haji Razali (kiri) Sudirman (kanan) menerima Anugerah Graduan Cemerlang Keseluruha­n daripada Dr. Wasitah.
DISAKSIKAN Haji Razali (kiri) Sudirman (kanan) menerima Anugerah Graduan Cemerlang Keseluruha­n daripada Dr. Wasitah.
 ??  ?? PELATIH Pendawaian Elektrik merakamkan kenangan bersama tenaga pengajar.
PELATIH Pendawaian Elektrik merakamkan kenangan bersama tenaga pengajar.
 ??  ?? MAJLIS Perarakan Masuk Cokmar Konvokesye­n.
MAJLIS Perarakan Masuk Cokmar Konvokesye­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia