Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lagi PKS disenarai di Pasaran LEAP Bursa

Pelabur di LEAP mesti memiliki wang, aset bersih bernilai tinggi dan mahu ambil risiko

-

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tiga lagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka disenarai di pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) Bursa Malaysia Bhd menjelang akhir tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Datuk Seri Tajuddin Atan.

Beliau berkata susulan penyenarai­an syarikat penyelesai­an teknologi maklumat Singapura, Cloudaron Group Bhd, di pasaran itu barubaru ini, Bursa Malaysia mendapati calon lain belum bersedia untuk ikut serta.

“Masih ada beberapa isu yang perlu ditangani oleh syarikat-syarikat terbabit DATUK SERI TAJUDDIN ATAN Ketua Pegawai Eksekutif Bursa sebelum disenarai. Penyenarai­an bukan sekadar menjalanka­n perniagaan. Mereka perlu menyusun perniagaan dan tangani perkara seperti struktur syarikat dan urusan berkaitan percukaian,” katanya.

LEAP yang dilancarka­n tiga bulan lepas, merupakan platform alternatif bagi PKS untuk meningkatk­an modal walaupun tidak mempunyai rekod prestasi kewangan.

Setakat ini, 11 PKS dikatakan merancang penyenarai­an masing-masing.

Mengulas mengenai pelabur bagi pasaran LEAP, Tajuddin berkata mereka mengetahui risiko yang perlu dihadapi, serta hakikat ia bukan untuk pelabur institusi.

“Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd atau syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), tidak sepatutnya melabur dalam pasaran LEAP kerana mereka merupakan penjaga dana awam.

“Oleh itu, mereka yang ingin melabur di sini (LEAP) mesti memiliki wang, mempunyai aset bersih yang bernilai tinggi dan mahu mengambil sedikit risiko,” katanya kepada pemberita di luar acara Anugerah Terbaik Kurang Daripada satu Bilion Fokus Malaysia 2017 di sini malam kelmarin. - Bernama

“Susulan penyenarai­an syarikat penyelesai­an teknologi maklumat Singapura, Cloudaron Group Bhd, di pasaran itu barubaru ini, Bursa Malaysia mendapati calon lain belum bersedia untuk ikut serta.”

 ??  ?? PERIKSA: Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepengguna­an negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza (empat, kiri) memeriksa harga barang kawalan di sebuah pasaraya sempena Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim...
PERIKSA: Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepengguna­an negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza (empat, kiri) memeriksa harga barang kawalan di sebuah pasaraya sempena Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia