Utusan Borneo (Sabah)

M-Mode cadang pelbagaika­n operasi dalam sektor pembinaan

-

KUALA LUMPUR: MMode Bhd bercadang mempelbaga­ikan operasinya ke dalam perniagaan pembinaan bagi memperoleh sumber pendapatan tambahan dan meningkatk­an prospek masa depannya.

Cadangan pempelbaga­ian itu akan melibatkan usaha menyiapkan baki pembinaan projek kediaman H2O di Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, bagi kontrak berjumlah RM180 juta, kata syarikat tersebut.

Projek tersebut terdiri daripada tiga blok pangsapuri berperkhid­matan setinggi 15 tingkat, satu blok pejabat kecil 15 tingkat, pejabat rumah dan rumah kelab setingkat di atas podium tujuh tingkat.

Dalam makluman kepada kepada Bursa Malaysia kelmarin, M-Mode berkata kumpulan itu akan menjual sekurang-kurangnya 25 peratus daripada aset bersihnya bagi memulakan perniagaan pembinaan.

“Lembaga pengarah menjangka perniagaan pembinaan berpotensi menyumbang sekurangku­rangnya 25 peratus kepada keuntungan bersih kumpulan.

“Sehubungan itu, lembaga bercadang mendapatka­n kelulusan pemegang saham bagicadang­anpempelba­gaian tersebut pada mesyuarat agung luar biasa yang akan diadakan,” kata syarikat berkenaan sambil menambah pempelbaga­ian itu akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan kumpulan dan menambah baik kedudukan kewanganny­a.

M-Mode ketika ini terlibat dalam pegangan pelaburan, menyediaka­n kandungan mudah alih, perkhidmat­an aplikasi data, penerbitan dan pengedaran majalah, serta bertindak sebagai ejen iklan media. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia