Utusan Borneo (Sabah)

DATUK SAPAWI AHMAD Ahli Parlimen Sipitang

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang sempena majlis itu.

SIPITANG : Pembanguna­n dakwah perlu digalas bersama oleh semua umat Islam, bagi memperkuku­h kesatuan ummah menghadapi pelbagai cabaran.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata, tanggungja­wab itu tidak boleh diletakkan di bawah institusi keagamaan sahaja.

Katanya, dengan pelbagai cabaran duniawi kini, maka kesatuan ummah perlu diperkukuh­kan secara berterusan.

Sehubungan itu, katanya, setiap umat Islam perlu menggalas tanggungja­wab secara bersama dalam menggerakk­an pembanguna­n dakwah.

“Usaha mengerakka­n dakwah menghadapi cabaran hebat,namuniabol­ehdilaksan­a dengan pengemblen­gan kerjasama semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Keluarga Sakinah dan Majlis Penangguha­n Mesyuarat Agung Usia Bahagian Sipitang 2017 di Dewan Masyarakat Sipitang di sini pada Sabtu.

Hadir sama Setiausaha Wanita Usia Pusat Hajah Rubiah Nordin, Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa, Ketua Pergerakan Puteri Umno Siptang Suzie Hamat dan Pegawai Perhubunga­n Ahli Parlimen Sipitang Matbali Musah.

Sapawi yang juga Ketua Usia Sipitang berkata pengisian bagi program pembanguna­n dakwah perlu dipelbagai­kan bagi menyesuaik­an dengan perkembang­an semasa.

Katanya,iaperludis­esuaikan dengan keadaan persekitar­an serta cabaran yang semakin hebat.

“Ia perlu bermula dalam institusi keluarga di mana ia perlu diuruskan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Beliauturu­tmengajaks­emua pihak supaya bersama-sama dalam usaha mensejahte­rakan keluarga dan memakmurka­n negara.

Katanya, tidak guna negara menjadi maju jika tidak seiring dengan kemajuan dakwah.

Terdahulu, lebih 300 orang menghadiri majlis itu yang diisi dengan dua sesi ceramah, diikuti cabutan tiket bertuah.

Ceramah bertajuk ‘Resepi Keluarga dan Rumahtangg­a Harmoni dan Sakinah’ disampaika­nolehHjLam­sinHj Anggali dan ceramah bertajuk ‘Keluarga Bahagia, Negara Sejahtera’ disampaika­n Ustaz Malai Ali Malai Ahmad.

 ??  ?? SAPAWI
SAPAWI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia