Utusan Borneo (Sabah)

Muncul dengan single baharu

- Oleh ALFRED PETRUS

TIDAK disangka nama Jasida Jupiri mula disebut-sebut apabila lagu baharunya bertajuk Rondo Guang Kasingkata­n Am Kaulayan apabila mula tular di laman Facebook baru-baru ini.

Daripada lagu itu jugalah membuatkan ramai pendengar terpegun dan tertanya-tanya siapakah penyanyi berkenaan.

Lagu itu mendapat respon positif daripada pendengar dan ada antara mereka yang tidak sabar untuk mendapatka­n album yang bakal diterbitka­n.

Lagu berkenaan sebenarnya dipertandi­ngkan untuk program hari merdeka baru-baru ini tapi tidak berjaya ke peringkat akhir.

Jasida berkata, lagu itu hanya promosi awal dan belum disiarkan di manamana corong radio.

“Namun ia akan dihantar ke stesen radio setelah tiga buah lagu yang kini sedang dalam proses mastering di studio FH Production siap sepenuhnya,” katanya.

Katanya, kerjaya seni beliau bermula sejak berada di tingkatan empat dengan mengikuti kumpulan pemuzik belia kampung, menyanyi di majlis keramaian dan mula merakamkan lagu selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1996.

“Ketika itu saya dipelawa oleh abang sepupu saya yang juga artis tempatan Murut Paide Pitah, dan juga Tuansib Sound Studio.

“Ketika itu dua buah lagu bertajuk Kolondo Kalansanan dan Kolondo Katatapan telahpun diterbitka­n,” katanya.

Jasida yang juga bertugas sebagai kakitangan di Jabatan Patologi Hospital Keningau mengorak langkah lebih jauh lagi di dalam dunia seni hiburan tempatan pada 2000.

Pada ketika itu, beliau sedang menjalani latihan industri di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.

“Pada waktu itu, saya dipelawa oleh artis Dusun yang dikenali ramai iaitu Evaritus Gungkit untuk merakamkan lagu.

“Ada dua buah lagu murut bertajuk Kolondo Pangkausan dan Sumbiling Kalansanan serta lagu bertajuk Kalansanan Ra Nangkubaya­uan yang mana lagu berkenaan dinyanyika­n oleh Evaritus sendiri dan diterbitka­n.

“Lagu ini juga dalam proses pembaharua­n di studio FH Production dan bakal dinyanyika­n oleh saya sendiri serta Evaritus dalam projek album kompilasi FH Production yang akan diterbitka­n tidak lama lagi bersama beberapa rakan artis lain,” jelasnya.

Setelah lama menghilang, Jasida kembali dalam dunia seni pada 2015 dengan kompilasi album audio pertama bersama beberapa rakan artis Murut.

Dua buah lagu baharu dihasilkan bertajuk Siningon Mu Pilatoh

dan Eruwoh Toh Guang Moondom serta sebuah lagu lama Kolondo Pangkausan

yang diberi nafas baharu.

Selain itu, beliau juga turut berada di dalam album Pasisimpun­gan Mantailang yang dihasilkan di APRO Production dengan kerjasama Komposer Muzik Matir.

Sehingga kini Jasida telah menghasilk­an sembilan buah lagu yang mana dua buah lagu dinyanyika­n seorang artis baharu Juslainah Embing.

Dua buah lagu duet di nyanyikan bersama beliau dan tiga buah lagu masih lagi dalam proses pembikinan di FH Production termasuk sebuah lagu ciptaan Freddy Harmthon dalam bahasa Dusun.

Jasida yang juga pernah dicalonkan sebagai penerima Anugerah Lagu KDCA itu berterima kasih kepada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) siaran Murut kerana menyenarai­kan nama beliau sebagai calon.

“Walaupun anugerah itu tidak memihak kepada saya, pencalonan ini saya anggap sebagai rezeki dan dorongan yang baik untuk terus berkarya. Tidak lupa kepada stesen-stesen radio yang menyiarkan dan mempromosi lagu-lagu saya serta para penggemar lagu-lagu artis tempatan Sabah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia