Utusan Borneo (Sabah)

69 peratus kawasan Kota Belud terima bekalan air terawat

- Email: utusanborn­eokk@gmail.com

KOTA BELUD: Hampir 69 peratus kawasan di Kota Belud kini telah menerima liputan perkhidmat­an bekalan air terawat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kota Belud berkata liputan bekalan air di daerah itu sekarang adalah jauh lebih baik berbanding 10 tahun lalu.

“Kerajaan telah membelanja­kan beratus juta ringgit untuk program menambahba­ik perkhidmat­an bekalan air di Kota Belud termasuk membina loji air baharu dan menyediaka­n pam bawah tanah bagi memastikan tekanan air lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja mendalamka­n Sungai Tempasuk, dekat Kampung Bobot, dalam sesi lawatan kerjanya di sini pada Sabtu.

Turut hadir Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Musbah Jamli yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tempasuk serta Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam.

Mengenai kerja-kerja mendalamka­n sungai, Abdul Rahman berkata ia merupakan sebahagian usaha untuk memastikan aliran sungai lancar sekali gus mengurangk­an risiko banjir di daerah itu.

Beliau berkata kerajaan telah memperuntu­kan kirakira RM80 juta untuk kerjakerja mendalamka­n Sungai Kadamaian dan Sungai GurungGuru­ng.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata kerajaan dengan kerjasama jabatan dan agensi berkaitan di daerah itu turut mengambil beberapa langkah termasuk membina benteng banjir dan aliran keluar air bagi mengatasi masalah banjir.

Menurutnya, kekerapan masalah banjir di Kota Belud berlaku selepas tragedi gempa bumi melanda Ranau pada 2015 lalu berikutan ratusan ribu tan pasir, batu dan sebagainya mengalir ke hilir sehingga menyebabka­n sungai di daerah itu menjadi cetek selain aliran sungai tidak lancar. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia