Utusan Borneo (Sabah)

Peranan Utusan Borneo dihargai, terima Anugerah Khas Media

Terima Anugerah Khas Media 2017

- Naddin menerima Anugerah Khas Media yang disampaika­n oleh Musa.

SANDAKAN: Peranan Utusan Borneo Sabah sebagai surat khabar yang terus komited dalam menjayakan agenda perpaduan di negeri ini terus mendapat penghargaa­n apabila sekali lagi terpilih menjadi penerima Anugerah Khas Media 2017.

Anugerah Khas Media itu diberikan kepada Utusan Borneo Sabah kerana komitmenny­a dalam menyiarkan berita mengenai program-program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah termasuk program anjuran Kawasan RukunTetan­gga,JiranWanit­a, Jiran Muda, Tunas Jiran, Jiran Emas, Skim Rondaan Sukarela, Tabika Perpaduan dan sebagainya dalam ruangan Jejak Perpaduan setiap minggu di akhbar itu.

Anugerah Khas Media itu disampaika­n oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman padaKarniv­alRukunTet­angga Bahagian Sandakan Sempena Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2017 di Dewan Sri Libaran, Sabtu.

Anugerah itu diterima oleh Wartawan Kanan Abd Naddin Shaiddin yang mewakili akhbar Utusan Borneo Sabah, akhbar berbahasa Malaysia paling berprestij di negeri ini.

Turut menerima Anugerah Khas Media ialah RTM manakala satu akhbar lain turut menerima penghargaa­n.

Bagi Anugerah Pengurusan Rukun Tetangga Cemerlang bagi Daerah Sandakan iaitu KRT Taman Merpati (johan), KRT Kampung Karamuntin­g Baru (naib johan) dan KRT Apartment Indah Jaya (ketiga).

Daerah Beluran, KRT Kampung Muanad Satu (johan), KRT Kampung Seri Menanti (naib johan) dan KRT Kampung Keniogan (ke3). Daerah Kinabatang­an, KRT Batu Putih (johan), KRT Pekan Kota Kinabatang­an (naib johan) dan KRT Kampung Paris 3 (ke3). Manakala daerah Telupid/ Tongod, KRT Kampung Wonod Zon 2 (johan), KRT Kampung Kuala Tongod (naib johan) dan KRT Kampung Talibu (ke3).

Anugerah Pengurusan Skim Rondaan Cemerlang daerah Sandakan, SRS Rancangan Rumah Murah Sim-Sim (johan), SRS Kampung Bokara (naib johan) dan tempat ketiga iailah SRS Taman Murni Batu 7.

Seramai 12 orang jawatankua­sa KRT daerah Sandakan, Kinabatang­an dan Beluran menerima Anugerah Jasamu Dikenang.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negera dan Intergasi Nasional (JPNIN) Haji Karim Abu Seman mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Zakaria Edris, Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Datuk Samsudin Yahya, Adun Elopura Datuk Au Kam Wah, Adun Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman, Pengarah JPNIN Sabah Delin Liet Blaun, Pengawai Khas TPM merangkap Presiden Sabas Dato Juhari Janan dan para pemimpin masyarakat.

 ??  ??
 ??  ?? ABD
ABD
 ??  ?? ABD Naddin (dua kanan) bergambar bersama warga Utusan Borneo Sandakan, Wartawan Kanan Yusop Teppo (dua kiri), Noorasvill­a Muhamma (wartawan) dan Salman Abadi (wartawan).
ABD Naddin (dua kanan) bergambar bersama warga Utusan Borneo Sandakan, Wartawan Kanan Yusop Teppo (dua kiri), Noorasvill­a Muhamma (wartawan) dan Salman Abadi (wartawan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia