Utusan Borneo (Sabah)

Istilah ‘jangan jaga tepi kain orang’ tidak lagi relevan

Istilah ‘jangan suka jaga tepi kain orang’ tidak relevan

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Ketua Pergerakan Wanita Umno Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan berkata, istilah `jangan suka jaga tepi kain orang’ sebenarnya sudah tidak relevan lagi di kalangan wanita pada zaman sekarang kerana jenayah sentiasa menghampir­i masyarakat.

Katanya, golongan wanita khususnya suri rumah adalah orang yang tepat untuk menyalurka­n maklumat kepada polis kerana mereka sentiasa berada di rumah dan tahu perkembang­an sesama jiran.

“Justeru mereka berhak diberi mandat untuk samasama mencegah jenayah setempat dengan melaporkan kepada pihak polis sebarang perkembang­an atau aktiviti yang mencurigak­an di kawasan kejiranan mereka,” katanya semasa berucap merasmikan program Kepolisan Komuniti dan Pelancaran Taman Angkat Amanita IPD Tenom di Taman Perumahan Kallang di sini pada Sabtu.

Rahmahjan berkata, mandat yang diberi kepada suri rumah amat bertepatan sekali kerana sifat serta naluri sebagai seorang wanita yang ingin berada dalam keadaan selamat dan aman.

Katanya, golongan wanita ini sifatnya memang istimewa, mereka akan berasa takut apabila melihat orang luar datang ke taman mereka, apatah lagi dalam keadaan yang mencurigak­an.

Beliau menyifatka­n program Kepolisan Komuniti dan pelancaran Angkat Amanita Ibu Pejabat Daerah adalah usaha murni dan bertepatan ke arah mewujudkan suasana aman dan kondusif bagi manffaah dan kebaikan bersama khususnya kalangan wanita.

Rahmahjan berkata, pemilihan taman ini dibuat berdasarka­n kerjasama baik yang diberikan oleh komuniti setempat kepada pihak polis selama ini, termasuk menyalurka­n maklumat berkaitan jenayah.

“Menerusi pemilihan Taman Perumahan Kallang sebagai perintis program ini di daerah ini, akan memberi peluang kepada Skuad Aman Wanita atau Amanita untuk berinterak­si dengan suri rumah di kawasan ini.

“Saya ingin berpesan dan mengharapk­an agar golongan wanita, terutama suri rumah, untuk terus menjadi mata dan telinga kepada polis, dengan menyalurka­n apa saja maklumat yang relevan, kerana ia merupakan cara yang paling efektif untuk mencegah jenayah,” katanya.

Beliau yakin dan percaya bahawa golongan wanita atau suri rumah masa kini bukan sahaja tertumpu mengurus rumah tangga, tetapi juga diyakini mampu memainkan peranan dalam menjaga ketenteram­an dan keamanan.

Rahmahjan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Ibu Pejabat Polis daerah ini, atas jasa dan pengorbana­n, untuk menjaga dan mengekalka­n keamanan daerah ini.

Menurut beliau, rekod polis sehingga kini keadaan keselamata­n di Tenom pada keseluruha­nnya terkawal dan indeks jenayah mencatatka­n penurunan.

“Syabas dan tahniah atas segala usaha dan pendekatan proaktif yang dilaksanak­an, semata-mata untuk membawa kesejahter­aan kepada masyarakat, sesuai dengan slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Polis Daerah, Deputi Superinten­den Mohd Firdaus Francis Abdullah, Penolong Pegawai Daerah, Kassim Haji Yunus, pegawai-pegawai kanan polis dan Amanita, dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

“Syabas dan tahniah atas segala usaha dan pendekatan proaktif yang dilaksanak­an, semata-mata untuk membawa kesejahter­aan kepada masyarakat, sesuai dengan slogan `Polis Tiada’” dan Masyarakat Berpisah DATUK RAHMAHJAN SULAIMAN KHAN Ketua Pergerakan Wanita Umno Tenom

 ??  ?? RAHMAHJAN diiringi oleh Firdaus sedang beramah mesra dan bersalaman dengan penduduk taman itu sejurus tiba pada program itu.
RAHMAHJAN diiringi oleh Firdaus sedang beramah mesra dan bersalaman dengan penduduk taman itu sejurus tiba pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia