Utusan Borneo (Sabah)

Angin marakkan kebakaran di California

-

SONOMA: Angin kencang dijangka memarakkan kebakaran hutan semalam di California Utara di mana 35 telah disahkan maut dan lebih 90,000 lagi terpaksa dipindahka­n.

Kebakaran yang dimarakkan angin itu yang meletus malam Ahad minggu lepas di tengah negeri wain tersohor California, utara San Francisco, memusnahka­n anggaran 5,700 rumah.

Sejumlah 17 lokasi kebakaran besar, ada di antaranya meliputi gabungan beberapa kebakaran kecil, telah membakar hampir 222,000 ekar semak kering, padang rumput dan pokok merentasi lapan daerah.

Angin dijangka semakin kencang hingga Sabtu dengan kekuatan 90 kilometer sejam bersama 10 peratus kelembapan, menurut perkhidmat­an bomba.

“Jika kebakaran baharu bermula, ia boleh merebak dengan pantas sekali,” kata Brooke Bingaman, ahli meteorolog­i Perkhidmat­an Kaji Cuaca Kebangsaan (NWS) di Sacramento, California dalam video Facebook.

Kebakaran hutan paling menjejaska­n bandar Sonoma di daerah Santa Rosa di mana 19 daripada 35 kematian yang disahkan berlaku.

Jumlah kematian itu yang tertinggi dalam satu kejadian kebakaran dalam rekod di California, mengatasi 29 kematian dalam kebakaran Griffith Park pada 1933 di Los Angeles.

Sesetengah mangsa sedang tidur ketika rumah mereka terbakar, dan ramai yang terselamat hanya mempunyai masa beberapa minit untuk melarikan diri.

Tatkala 235 mangsa masih dilaporkan hilang kelmarin di Sonoma sahaja, pihak berkuasa percaya angka kematian dalam kebakaran North Bay itu akan meningkat.

Kebakaran menghuruha­rakan industri pengeluara­n wain California dan pelanconga­n berkaitan pada penghujung musim tuaian tahunan di wilayah itu, merosakkan sekurang-kurangnya 12 ladang anggur di Napa Valley.

Sejumlah 45 pasukan mencari dan menyelamat serta 18 detektif dikerahkan ke kawasan kejiranan untuk mencari mangsa hilang.

Para pegawai percaya tiang elektrik yang tumbang ditiup angin kuat pada malam pertama kebakaran mungkin telah mencetuska­n kebakaran tersebut, walaupun punca rasmi masih disiasat.

Bandar indah Calistoga di penjuru utara Napa Valley berdepan bencana terbesar.

Kira-kira 5,000 penduduk-nya diarahkan berpindah sejak malam Rabu ketika kebakaran Tubbs menghampir­i dalam jarak tiga kilometer.

Musim kebakaran hutan tahun ini antara yang terburuk dalam sejarah AS, dengan hampir 3.5 juta hektar terbakar, namun tidak seburuk kebakaran pada 2012, menurut Pusat Bomba Antara Agensi Kebangsaan (NIFC). — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? ANGGOTA bomba memeriksa keadaan di sekitar kawasan kejiranan Fountaingr­ove yang hangus terbakar di Santa Rosa, California pada Khamis.
— Gambar AFP ANGGOTA bomba memeriksa keadaan di sekitar kawasan kejiranan Fountaingr­ove yang hangus terbakar di Santa Rosa, California pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia