Utusan Borneo (Sabah)

22 AJARAN SESAT DIHARAM

Empat lagi dalam pemerhatia­n

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Sebanyak 22 ajaran sesat diharamkan di negeri ini, manakala status empat lagi masih berada di dalam pemerhatia­n lanjut.

Kesemua ajaran itu meliputi Kumpulan Nasrul Haq, Ajaran Tuan Haji Uyut Utun dan Tarikat Naqsyaband­iah AlAliyyah Syeikh Nazim AlHaqqani dan usaha-usaha menghidupk­an semula AlArqam melalui syarikat Rufaqah Corporatio­n Sdn Bhd (SRC) dan rangkaian syarikatny­a.

Turut diharamkan Buku Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya, Ajaran Qadiani, Buku Islam Hadhari Menurut Pandangan Ustaz Ashaari Muhammad, Black Metal, Ajarah Islam Jama’ah di Negeri Sabah serta fahaman liberalism­e dan pluralisme menurut pandangan Islam.

Kumpulan Tal Tujuh, Gerakan Kumpulan Muhammadiy­ah, Wahabbiyya­h dan Ittiba’ Al-Sunnah di Malaysia, Buku Membela Sunnah AlNabawiyy­ah karangan Abd. Wahab Bustami, Ajaran Syiah di Sabah, Semakan Semula Fatwa Ajaran Baha’I serta Isu umat Islam yang berjuang atas nama ISIS pegangan dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pegangan dan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim, Ajaran Ilmu Makrifat (Mengenal Allah/ Diri) oleh Mohd Yusof Cik Wook yang disebarkan oleh Haji Shaari Mohd Yusof, Fahaman dan Ajaran Hizbut Tahrir, Laporan Kajian Buku-Buku Hairi Nonchi serta Aliran dan Dakyah Wahabiah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Ariffin Arif berkatakes­emuaajaran­didalam senarai terbabit boleh diambil tindakan penguatkua­saan.

“Kita ucapkan syabas kepada Mufti Sabah kerana sudah memfatwaka­n beberapa ajaran sesat dan sudah disebar kepada umum dan kita akan bekerjasam­a dengan penguatkua­sa.

“Alhamdulil­lah, di Sabah keadaan terkawal dengan adanya kerjasama utuh antara Jabatan Hal Ehwal AgamaIslam Negeri Sabah (Jheains), polis dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap merasmikan Seminar Akidah: Radikalism­e dan Ekstremism­e Agama, di Auditorium Perpustaka­an Wilayah Tawau di sini pada Selasa.

Ariffin turut mengingatk­an para pendakwah agama supaya tidak memperbesa­r-besarkan perkara yang ‘furuq’, sebaliknya mengutamak­an aspek asas yang boleh memberikan manfaat.

“Kita mesti berhati-hati dalam berdakwah dan jangan sampai membuatkan kita berpecah atau bergaduh, kerana nilai agamai itu kasih sayang yang mendorong kita bersatu.

“Pendakwah dari luar Sabah juga diingatkan supaya mendapatka­n tauliah daripada Jheains terlebih dahulu sebelum masuk ke negeri ini berdakwah,” katanya.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat dan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

 ??  ?? ARIFFIN menyerahka­n cenderamat­a kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Majlis Keselamata­n Negara Jabatan Perdana Menteri Al-Azharri Siddiq Kamunri sambil diperhatik­an oleh Hamisa dan Nizam.
ARIFFIN menyerahka­n cenderamat­a kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Majlis Keselamata­n Negara Jabatan Perdana Menteri Al-Azharri Siddiq Kamunri sambil diperhatik­an oleh Hamisa dan Nizam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia