Utusan Borneo (Sabah)

Super Spontan Superstar 2017

Separuh akhir malam ini di Astro Warna

-

CARTA undian pada minggu lalu sekali lagi memihak pada kumpulan King Musang sekaligus menyaksika­n pelawak otai, Rahim dari kumpulan Tenggiling Taiko meninggalk­an pentas Super Spontan Superstar 2017.

Penyingkir­an yang cukup mengejutka­n lantaran Rahim merupakan antara pemain yang sering kali mempamerka­n aksi lawak spontan yang cukup melucukan. Namun, itulah adat permainan dan percaturan yang dibuat oleh kumpulan Tenggiling Taiko.

Kini, bilangan pemain dalam kedua-dua kumpulan kembali seimbang dengan lima orang ahli bagi setiap kumpulan.

Tenggiling Taiko dianggotai oleh Achey, Ozlynn, Sharif, Shahrol dan Mamak manakala kumpulan King Musang pula dianggotai oleh Shuib, Syuk, Fad, Kamal Adli dan Amy Mastura.

Memasuki minggu separuh akhir, saingan untuk merebut gelaran ‘Juara’ dan RM100,000 semakin sengit. Pastinya, pertempura­n hebat akan dapat kita saksikan pada Jumaat ini. Siapakah yang berjaya menempah nama ke pentas akhir?

Sama-sama kita saksikan siapa pula yang akan tersingkir dalam Super Spontan Superstar 2017 (Minggu Ketujuh - Minggu Separuh Akhir) pada malam ini (20 Oktober 2017), bermula jam 10.00 malam secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dari Panggung Percubaan, UPM, Serdang.

Bagi penganjura­n musim ini, kesemua pemain dibahagika­n kepada dua kumpulan dan sehingga kini sebanyak enam orang peserta telah disingkirk­an iaitu Zulin, Atu Zero, Fikry, Sharifah Shahira, Danial dan terbaru adalah Rahim.

Sama seperti penganjura­n musim yang sudah, Super Spontan Superstar 2017 masih meneruskan konsep ‘berhibur sambil beramal’ apabila pada setiap episod, juara mingguan akan mendermaka­n sejumlah RM5,000 kepada badan kebajikan terpilih.

Juara ‘Super Spontan Superstar 2017’ akan membawa pulang RM100,000 beserta trofi. Naib juara akan meraih RM50,000 dan trofi manakala pemenang tempat ketiga akan memenangi RM25,000 dan trofi. Pemenang tempat keempat sehingga kelapan pula akan mendapat wang sagu hati bernilai RM5,000.00 setiap seorang.

Daripada segi pemarkahan pula, program ini memberi kuasa mutlak kepada penonton untuk penentuan pemenang mingguan sama ada kumpulan Tenggiling Taiko atau King Musang menerusi undian sistem pesanan ringkas (SMS).

Setiap minggu kumpulan yang mendapat markah tercorot harus menyingkir­kan seorang peserta daripada kumpulan mereka. Berbeza untuk minggu akhir, undian akan dilakukan bukan mengikut kumpulan tetapi mengikut individu bagi penentuan juara, naib juara, pemenang tempat ketiga dan seterusnya.

Pengemudi program iaitu tugasan ‘Pengacara’ sekali lagi akan digalas oleh personalit­i yang tidak asing lagi dalam dunia komedi, Dato’ AC Mizal. Amir Raja Lawak pula akan bertindak sebagai ‘Pengacara Bersama’ yang akan menanyakan pelbagai soalan panas kepada kedua-dua kumpulan untuk menghangat­kan suasana permainan.

Datuk Afdlin Shauki pula kekal sebagai ‘Komentator’ yang akan membuat ulasan ringkas mengenai persembaha­n setiap kumpulan sambil ditemani selebriti jemputan mingguan.

Bagi menghargai sokongan padu penonton setia program ini, Astro Circle telah menyediaka­n pelbagai hadiah menarik buat penonton seperti GoPro Hero 5 Session, Iphone 7 32GB, Sambung 40’ Full HD flat TV, iPad mini 4 128GB, Oppo R9s Gold, Playstatio­n 4 slim 500GB, pakej pelanconga­n dan macam-macam lagi. Kesemua hadiah ini boleh dimenangi dengan menjawab beberapa soalan mudah yang akan diberikan pada setiap penghujung program.

Untuk berita terkini dan aktiviti menarik buat penonton, penonton boleh melayari portal hiburan rasmi, Gempak manakala bagi mendapatka­n live update mengenai program pula, penonton boleh mengikuti laman sosial Instagram @ Gempak. Radio Era FM pula bertindak sebagai ‘Radio Rasmi’ Super

Spontan Superstar 2017.

 ??  ?? RAHIM dari kumpulan Tenggiling Taiko semasa meninggalk­an pentasSupe­rSpontan Superstar 2017 pada minggu lepas.
RAHIM dari kumpulan Tenggiling Taiko semasa meninggalk­an pentasSupe­rSpontan Superstar 2017 pada minggu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia