Perancis dakwa lapan individu rancang konspirasi pengganas
PARIS: Perancis telah mendakwa lapan orang, termasuk tiga orang bawah umur, berikutan satu siasatan mengenai aktivis haluan kanan dikatakan sebagai merancang untuk menyasarkan ahli politik dan masjid, umum pihak pendakwa raya kelmarin di Paris.
Lelaki tersebut – berusia di antara 17 dan 29 tahun -- telah dituduh sebagai sebahagian dari satu “konspirasi pengganas jenayah”, dan dikaitkan dengan Logan Alexandre Nisin, seorang militan yang telah ditangkap berhampiran Marseille pada Jun.
Nisin merupakan pengasas bagi sebuah kumpulan dikenali sebagai OAS. Dia telah ditahan selepas menghantar kenyataan bahawa dia merancang untuk menyerang penduduk kulit hitam, pejuang jihad, pendatang dan “sampah masyarakat”.
Lelaki berusia 21 tahun itu pada mulanya menjadi perhatian pihak berkuasa Perancis sebagai pengasas sebuah laman Facebook yang mengagungkan penyokong neo-Nazi Anders Behring Breivik, yang telah membunuh 77 orang dalam satu serangan bom dan senjata pada tahun 2011 di Norway.
Pejabat pendakwa raya di Paris menyatakan bahawa kumpulan yang dibentuk oleh Nisin “telah merancang untuk melakukan tindakan kejam dengan cara yang tidak jelas.
Polis antikeganasan telah menahan 10 orang pada Selasa lepas mengenai rancangan tersebut, namun dua daripada mereka termasuk ibu Nisin, telah dibebaskan, jelas pejabat pendakwa raya Paris.
Di antara sasaran yang berpotensi bagi serangan adalah tempat-tempat ibadat, termasuk masjid, ahli politik, “penduduk berasal dari Afrika Utara atau orang kulit hitam” dan aktivis “anti-fasis”, menurut satu sumber siasatan.
“Organisasi telah merancang pembelian senjata dan latihan separa tentera. Beberapa orang telah dilatih menembak,” tambah sumber tersebut.
OAS merupakan nama singkatan bagi Organisasi Tentera Rahsia, sebuah kumpulan separa tentera haluan kanan Perancis yang berjuang bagi menghentikan kemerdekaan Algeria.
Nisin sebelum ini aktif dalam kumpulan politik haluan kanan Action Francaise.
Perancis masih berada di bawah status keselamatan yang berkembang. Para Rabu lepas parlimen telah melaksanakan satu rang undang-undang antikeganasan yang tegas menggantikan satu perintah darurat dilakukan pada 2015 selepas serangan pejuang jihad di Paris.