Penduduk di Inderasabah nikmati kemudahan internet
Lebih 2,000 penduduk Inderasabah nikmati internet
TAWAU: Lebih 2,000 penduduk di Kampung Inderasabah kini menikmati kemudahan perhubungan atas talian internet dengan lebih baik.
Presiden Majlis Perbandaran Tawau Alijus @ Mohd Ali Sipil berkata menara pemancar telekomunikasi yang siap dibina sejak awal tahun ini, turut memberi manfaat kepada penduduk kampung sekitarnya termasuk Kg Juragan, Kg Wakuba dan Kg Balung Cocos.
“Kemudahan ini membolehkan penduduk kampung berhubung antara satu sama lain dengan lebih pantas.
“Di samping itu, kemudahan telekomunikasi juga mampu meningkatkan jalinan dan jaring kerja bagi menjana pendapatan penduduk dengan lebih mudah dan bakal mengubah kehidupan penduduk yang terkenal dengan produk ikan bilis.
“Sesungguhnya, program menghubung dan menyatu ini membawa manfaat besar dan berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan hidup
Presiden Majlis Perbandaran Tawau
penduduk setempat.
“Pembinaan menara ini pastinya membolehkan penduduk luar bandar menikmati kemudahan perkhidmatan dalam talian yang membolehkan mereka menjalankan perniagaan atas talian,” katanya.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Tawau Joseph Pang pada majlis perasmian Program Menghubung dan Menyatu, di sini pada Sabtu.
Sementara itu, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Shukor Mahmood memklumkan pihaknya komited menyediakan pelbagai kemudahan dalam usaha memastikan masyarakat luar bandar terus dapat berhubung dan menerima pelbagai maklumat semasa.
Menurutnya, kerajaan sedar lebih sejuta masyarakat luar bandar masih tidak menerima capaian internet, siaran televisyen dan sebagainya.
Sehubungan itu, kerajaan melalui KKMM berusaha menghubung masyarakat luar bandar dengan menyediakan kemudahan seperti talian internet, pemberian dekoder siaran televisyen sebagai asas menyatukan masyarakat luar bandar agar dapat membangun bersama seiring kepesatan pembangunan negara.
“Kita berharap dengan adanya kemudahan di kampung ini ia akan dapat meningkatkan pengetahuan maklumat serta menjana ekonomi penduduk menggunakan pemasaran atas talian.
“Namun ibu bapa dan masyarakat juga perlu sentiasa memantau penggunaan internet dalam kalangan belia agar tidak menggunakann
“Kemudahan ini membolehkan penduduk kampung berhubung antara satu sama lain dengan ” lebih pantas. ALIJUS SIPIL
kemudahan ini bagi menyebar maklumat tidak sahih kerana KKMM sentiasa memantau penyalahgunaan itu,” jelasnya.
Pada majlis itu, lima asnaf terpilih menerima sumbangan televisyen dan set dekoder Astro NJOI, selain beberapa acara turut berlangsung meriah.
Antaranya sukaneka, persembahan artis Pentarama Jabatan Penerangan, pameran daripada pelbagai agensi kerajaan, program derma darah dari Hospital Tawau dan penyampaian Touch Point berupa barangan dapur kepada 30 penerima terpilih.
Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Sabah dan WP Labuan Mazlan Othman, Penolong Pengurus Besar Jualan Pengguna Telekom Malaysia (TM) Sabah Ariff Lakura, Ketua Penolong Pengarah Bahagian PKPM Wasrin Jakaria, Pengurus Besar TM Sabah Sukkuriya Masrie, Pegawai Penerangan Bahagian Mohd Kaya Iggoh, Pegawai Pembangunan Masyarakat Apas Sarman Amat Someto dan Ketua Kg Inderasabah Abit Sulaiman.