Rusia hadiahkan persenjataan tentera kepada Filipina
MANILA:Rusiamenyerahkan trak tentera dan ribuan raifal perang kepada Presiden Filipina Rodrigo Duterte semalam ketika kedua-dua negara meraikan hubungan ketenteraan mereka yang semakin berkembang.
Duterte menerima persenjataan itu sewaktu lawatan ke sebuah kapal tentera laut Rusia yang berlabuh di Manila, langkah terbaharu untuk menerima Rusia dan China dan pada waktu yang sama menjauhkan Filipina dari sekutunya sejak sekian lama dan rakan pertahanan, Amerika Syarikat (AS).
Selepas meninjau kapal perang antikapal selam gergasi Laksamana Panteleyev, Dutertesendirimengendalikan sebahagian daripada sumbangan 5,000 laras raifal Kalashnikov bersama peluru dan 20 buah trak kepada tentera Filipina yang tidak dilengkapi senjata.
Menteri Pertahanan Rusia Sergei Shoigu memuji hubungan lebih erat ketika beliau menandatangani dua perjanjian bersama rakan sejawatannya di Filipina, Delfin Lorenzana.
“Filipina dianggap sebagai rakan yang penting dan prospektif di Asia Tenggara khasnya dan lingkaran AsiaPasifik amnya,” kementerian pertahanan Rusia memetik beliau sebagai menyebut dalam satu kenyataan, dan menambah ia adalah kali pertama seorang menteri pertahanan dari Moscow melawat Filipina.
Selama berdekad-dekad negara Asia Tenggara itu telah menjadi salah satu sekutu ketenteraan serantau Washington yang paling setia dan menerima pakej bantuan ketenteraan bernilai berbilion dolar.
Namun Duterte, 72, sudah melonggarkan pakatan selama 70 tahun itu.
Berang dengan kritikan Amerika mengenai perang dadah kontroversi yang meragut ribuan nyawa, Duterte sebaliknya mendekati Rusia dan China.
Tentera Filipina yang tidak mempunyai kelengkapan senjata yang hebat sememangnya amat memerlukan sekutu yang kuat dan berpengaruh.
Angkatan tentera Isnin lepas akhirnya mengisytiharkan penamatan perang selama lima bulan di kota selatan Marawi di mana anggota tentera bergelut untuk mengusir anggota militan yang setia kepada kumpulan Islamic State dalam perang bandar paling lama di negara itu.
Tentera Australia dan AS membantu menyediakan peninjauan dan penyasaran yang penting dalam peperangan itu.
Namun Duterte menjelaskan tanpa berbasa-basi bahawa beliau lebih suka sekiranya Filipina tidak terlalu bergantung kepada AS.
Dalam satu lawatan ke Beijing pada tahun lepas, beliau berkata beliau sudah ‘menjajarkan semula’ hubungan Filipina untuk lebih condong ke arah Beijing dan Moscow.
“Terdapat tiga daripada kami yang menentang dunia: China, Filipina dan Rusia,” ujarnya.
Shoigu dan Lorenzana kelmarin menandatangani perjanjian dalam satu acara sampingan di sebuah forum keselamatan ke utara Manila yang meliputi kerjasama pertahanan dalam penyelidikan senjata dan pertukaran pakar, menurut kenyataan dari kementerian masing-masing.
Filipina turut menandatangani kontrak untuk membeli pelancar bom tangan yang didorong oleh roket, kata kementerian Rusia tanpa menyebut jumlah senjata yang akan diperolehi atau nilai perjanjian itu.
China juga sudah menyumbang ribuan raifal perang dan penembak hendap kepada Filipina dalam tanda persahabatan yang sama. — AFP