Elak terjebak masalah sosial
Belia perlu sertai aktiviti persatuan
KINABATANGAN: Usaha menarik lebih ramai golongan belia menyertai aktiviti persatuan di negeri ini perlu dipergiatkan bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan masalah sosial.
Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Kolonel (K) Dato’ Juhari Haji Janan berkata, usaha itu juga memerlukan peranan semua persatuan belia di negeri ini dengan memantapkan aktiviti masing-masing supaya bersesuaian dengan kehendak golongan muda.
Katanya, setiap persatuan juga perlu aktif menambah bilangan ahli terutamanya golongan belia kerana dengan jumlah ahli yang ramai baharulah sesuatu aktiviti berjaya dilaksanakan dan sampai kepada golongan sasar itu.
“Sudah tiba masanya untuk kita menamatkan segala label tidak sihat kerana golongan belia kini sering dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial seperti pelesit rempit, dadah dan jenayah yang lain,” katanya semasa merasmikan Majlis Penutupan Karnival Sukan anjuran KRT Rancangan Suan Lamba, SLDB dan Persatuan Belia Suan Lamba di Kampung Suan Lamba pada Ahad.
Katanya belia yang bergerak aktif dalam sesuatu persatuan mampu terhindar daripada gejala negatif kerana antara matlamat pembangunan belia adalah berteraskan pembinaan jati diri mereka.
“Persatuan belia juga memerlukan satu kerangka pembangunan baharu yang lebih komprehensif dengan matlamat tepat dan bukan sekadar untuk mengurangkan masalah sosial dalam kalangan mereka sahaja,” katanya.
Juhari berkata semua pihak perlu turut serta dalam usaha membangunkan potensi setiap individu dan menyediakan pelbagai ruang dan peluang kepada belia memainkan peranan yang bermakna dalam masyarakat mengikut keperluan serta kemampuan masing-masing.
Dalam masa sama, beliau yang juga Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negerimemintagolonganbelia
“Sudah tiba masanya untuk kita menamatkan segala label tidak sihat kerana golongan belia kini sering dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial seperti pelesit rempit, dadah dan jenayah ” yang lain KOLONEL (K) DATO’ JUHARI HAJI JANAN Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas)
di negeri ini melengkapkan diri dengan segala pengetahuan untuk menjadi pemimpin pelapis yang bakal mengambil alih kepimpinan sedia ada bagi meneraju negara pada masa akan datang.
“Penganjuran program seperti karnival ini juga dapat menonjolkan bakat kepemimpinan dalam mengendalikan sesebuah program yang menghimpunkan pelbagai acara dan segmen seperti kerohanian, ilmu, sukan dan hiburan.
“Sekiranya tiada sebarang usaha dilakukan oleh golongan itu untuk mengambil peranan serta tanggungjawab sebagai pemimpin pada masa akan datang, negara akan ketandusan barisan kepimpinan berwibawa yang dapat memainkan peranan di peringkat global,” katanya.
Sementara itu, Juhari menegaskan penjagaan kesihatan dan kecergasan diri adalah strategi membantu meningkatkan produktiviti negara.
“Menjaga kesihatan dalam semua perkara berkaitan dengannyaperludijadikansatu tanggungjawab kepada diri masing-masing sebagai satu budaya untuk mengekalkan kesihatan,”katanya.
Beliau seterusnya menasihatkan golongan remaja agar tidak mengabaikan kepentingan penjagaan kesihatan dan sama-sama menjayakan program kecergasan dan gaya hidup sihat yang dianjurkan oleh kerajaan untuk mereka.
Katanya, golongan remaja perlu menghargai diri sendiri dengan memberi keutamaan kepada aspek penjagaan kesihatan dan menghindarkan gaya hidup yang tidak sihat.
Turut hadir, Pegawai Belia dan Sukan (N) Daerah Kinabatangan Mohd Masdi Masran, pengerusi penganjur Afif Yusof, ahli jawatankuasa Sabas dan para pemimpin setempat.