Ketahui tempat menarik, bersejarah
Murid SKPS Labuan teruja lawat Kundasang, Kota Kinabalu
LABUAN: Seramai 25 murid telah menjayakan Program Hijrah Ilmu Sekolah Kebangsaan Pekan (SKPS) Satu Paling Manang ke Kundasang dan Kota Kinabalu.
Delegasi sekolah itu diketuai Shawal Haji Abdul Rahman selaku penolong kanan pentadbiran SKPS.
Turut menyertai lawatan itu ialah Penyelaras Program Fatimah Kassim dan lapan guru.
Menurut Shawal, sebelum bertolak dari Terminal Feri Kenderaan, murid-murid dan guru mendengar amanat daripada mantan Guru Besar SKPS Jaafar Haji Matusin dan Guru Besar baharu Anita Shyamini a/p S Azman.
Kedua-duanya berharap lawatan selama empat hari itu akan memberi banyak pengalaman dan pengetahuan kepada murid-murid.
Mereka yakin menerusi lawatan itu, murid-murid akan mengetahui serba sedikit mengenai tempat yang bersejarah dan menarik di Kundasang dan Kota Kinabalu.
“Inilah ruang dan peluang yang amat berguna kepada murid-murid SKPS untuk mengetahui dan mengenali tempat bersejarah di Kundasang dan Kota Kinabalu,” kata Jaafar.
Sementara, Anita pula berharap lebih banyak program menjelajah ke Sabah akan dilaksanakan pada masa akan datang bukan sahaja untuk memenuhi jadual murid Tahun Enam selepas menduduki UPSR tetapi juga mengenali sejarah di daerahdaerah di negeri itu.
“Sudah tentu banyak sejarah yang boleh mereka terokai di Sabah yang sememangnya terkenaldengankekayaanalam dan faunanya,” katanya.
Jaafar dan Anita mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Shawal dan guru-guru yang mengiringi lawatan itu.
“Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada ibu bapa yang membenarkan anak mereka menyertai lawatan yang sangat bermanfaat itu,” kata mereka.
Antara tempat menarik yang dilawati ialah Tagal Sg Luanti, Rabbit Village, Desa Cattle Farm, Tugu Peringatan Perang Kundasang, Pekan Kundasang dan Rumah Semut Borneo.
Selain itu, Taman Buaya Tuaran, Bandaraya Kota Kinabalu dan Jalan Gaya.
Pada tahun lalu, murid Tahun Enam SKPS mengadakan lawatan ke Miri dan Brunei Darussalam.
Shawal berkata, menerusi lawatan itu juga telah mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara guru dan murid.
Pada masa sama, muridmurid juga dapat menimba pengetahuan dan pengalaman bagaimana mengendalikan lawatan sambil belajar selain daya kepimpinan yang ditunjukkan guru dan rakanrakan mereka sendiri.
Walaupun cuaca agak sejuk ketika mereka berada di Kundasang tetapi ia merupakan satu pengalaman yang menarik sambil menikmati suasana yang nyaman berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.
“Kami amat teruja melihat pemandangan yang menarik di Kundasang yang dikelilingi suasana kampung, tempat menanam sayur dan buah-buahan serta Gunung Kinabalu yang tersergam indah,” katanya.