Golongan nelayan terus dibantu
LKIM galas tanggungjawab tingkat ekonomi
SEMPORNA: Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan terus menggalas tanggungjawab membantu meningkatkan ekonomi masyarakat nelayan di negeri ini.
Ahli Lembaga Pengarah LKIM Datuk Haji Razak Tun Sakaran berkata, pelbagai program dan bantuan berterusan kepada masyarakat nelayan di negeri ini telah dan akan terus dilaksanakan oleh agensi itu bagi membantu mensejahterakan kehidupan masyarakat nelayan agar mereka dapat menikati bersama nikmat kemajuan negara.
Katanya antara bantuan yang diberikan oleh kerajaan melalui agensi itu termasuklah bantuan elaun sara hidup, bantuan bot, pukat dan membaiki rumah masyakat nelayan.
“Tuduhan yang dilemparkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa agensi ini seolah-olah lepas tangan tentang untung nasib para nelayan di negeri ini merupakan satu tuduhan tidak berasas,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja meninjau projek Pasar Nelayan LKIM di Tanjung Kapur dan melawat Projek Ternakan Ikan dalam Sangkar di Pulau Tanjung Parapat, di sini.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Pengurus Besar Persatuan Nelayan (PNK) Kawasan Semporna Abdullah Abd Wahid dan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi LKIM Wilayah III Tawau Farrah Shazwanie Jummat.
Razak yang juga bendahari Umno Bahagian Semporna berkata,LKIMtidakpernahmeminggirkan kumpulan nelayan di Sabah malahan pelbagai inisiatif dilakukan di negeri ini termasuk bantuan kewangan
“Tuduhan yang dilemparkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa agensi ini seolah-olah lepas tangan tentang untung nasib para nelayan di negeri ini merupakan satu tuduhan tidak berasas DATUK HAJI RAZAK TUN SAKARAN Ahli Lembaga Pengarah LKIM
dan kemudahan pembinaan pasar nelayan baharu.
Menurut beliau pembinaan pasar nelayan baharu dan jeti Kampung Tanjung Kapor membuktikan LKIM peka terhadap keperluan masyarakat nelayan di kawasan berkenaan, bagi membantu para nelayan meningkatkan taraf hidup, sekali gus memasarkan terus hasil tangkapan mereka kepada pengguna.
“Dengan adanya pasar nelayan ini, para nelayan dapat memasarkan hasil tangkapan mereka secara terus kepada pengguna tanpa melibatkan orang tengah yang hanya akan mengaut keuntungan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta para nelayan agar terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan bagi mempastikan segala dasar serta perancangan pembangunan khusus untuk golongan nelayan dapat diteruskan pada masa akan datang.
Dalam pada itu, Razak juga meminta PNK agar meneroka kaedah baharu bagi meningkatkan sumber ekonomi para nelayan termasuk mengetengahkan sektor agro pelancongan di kawasan masing-masing.
Selain menangkap ikan katanya, PNK boleh dijadikan kawasan tumpuan pelancong melalui penjualan produk kreatif hasil para nelayan tanpa bergantung sepenuhnya kepada hasil tangkapan ikan yang bermusim di mana aktiviti sampingan itu turut membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat nelayan.