Penduduk syukur kerajaan prihatin keselamatan Esszone
LAHADDATU:Peruntukan besar diberikan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam Bajet 2018, menunjukkan kerajaan Persekutuan mengutamakan keselamatan rakyat Sabah terutamanya di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
Rata-rata masyarakat di Lahad Datu melahirkan rasa syukur terhadap pengumuman tersebut yang disifatkan bahawa kerajaan sangat prihatin dan mengambil berat aspek keselamatan penduduk.
Seorangsurirumah,Rohana Ajri, 38, berkata peruntukan itu boleh digunakan Esscom untukmengukuhkankawalan keselamatan perairan seterusnya menjamin kesejahteraan penduduk.
“Peruntukan itu diharap dapat memperkasa lagi peranan dan fungsi Esscom dalam mengawal keselamatan di perairan Esszone, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan,” katanya kepada Bernama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat pada Jumaat, berkata kerajaan memperuntukkan RM250 juta kepada Esscom bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadanSabahdanSarawak, termasuk RM50 juta untuk radar pengawasan pantai.
Dalam pada itu, seorang pekerja swasta Rosli Rolando, 25, berharap Esscom dapat memanfaatkan peruntukan tersebut untuk menambah baik sistem keselamatan di daerah Esszone.
“Sebagai contoh, mungkin siren keselamatan ditambah baik yang bertujuan dapat mengesan ancaman luar misalnya kapal-kapal asing yang cuba berlabuh di tanah besar di Esszone,” katanya.
Sementara itu di Semporna, Adi Salleh, 34, berkata peruntukan yang besar adalah perlu kerana selain melaksanakan pengoperasian keselamatan di perairan, Esscom juga aktif menjalankan pelbagai program untuk komuniti.Bernama