Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda dipenjara 10 tahun, rogol kekasih berumur 15 tahun

Mengaku salah rogol kekasih berumur 15 tahun

- Oleh CLARICE USOP

KOTAKINABA­LU: Seorang pemuda yang merogol seorang pelajar berusia 15 tahun, dikenakan penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhka­n hukuman berkenaant­erhadapSha­mudin Masrin, 20, yang mana pada Selasa untuk laporan sosial dan fakta kes.

Tertuduh yang dihadapkan di mahkamah pada 21 September, mengaku bersalah merogol mangsa yang juga kekasihnya.

Kesalahan dilakukan pada 14 September jam 6.40 pagi di tepi jalan sebuah kampung, daerah Tuaran.

Shamudin disabitkan mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan yang dihukum mengikut Seksyen 376 (1) kanun sama, memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Mengikut fakta kes, pada 14 September kira-kira jam 3.47 petang pengadu membuat laporan polis mengatakan anaknya dirogol tertuduh.

Pada hari sama jam 12 tengah hari, dua guru datang ke rumah pengadu memberitah­u, mangsa ponteng sekolah.

Menurut salah seorang guru terbabit, ada pelajar melihat mangsa membonceng motosikal bersama seorang lelaki kira-kira jam 6.30 pagi.

Suami pengadu terus ke sekolah mencari anaknya, setelah jam 2 petang beliau melihat anaknya sedang berjalan balik ke rumah.

Beliau melihat terdapat kesan darah pada pakaian sekolah anaknya, setelah ditanya mangsa mengaku melakukan persetubuh­an dengan teman lelakinya.

Mangsa memberitah­u tertuduh berasal dari kampung sebelah masih menunggu perahu di jeti. Ayah mangsa terus ke jeti berkenaan dan mendapati tertuduh masih berada di sana.

Dengan bantuan anggota polis, tertuduh ditangkap seterusnya dibawa ke Balai Polis Tuaran untuk tindakan lanjut.

Semasa rayuan, Shamudin yang tidak diwakili peguam meminta hukumannya diringanka­n kerana pesalah pertama.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja meminta hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh, kerana melibatkan kesalahan serius dan mangsa masih dibawah umur.

Mahkamah memerintah­kan Shamudinme­njalanihuk­uman berkenaan bermula dari tarikh tangkap.

“Tertuduh yang dihadapkan di mahkamah pada 21 September, mengaku bersalah merogol mangsa yang juga kekasihnya. Kesalahan dilakukan pada 14 September jam 6.40 pagi di ” tepi jalan sebuah kampung, daerah Tuaran.

 ??  ?? SHAMUDIN (kanan) diiringi anggota polis keluar dari kamar mahkamah.
SHAMUDIN (kanan) diiringi anggota polis keluar dari kamar mahkamah.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia