Utusan Borneo (Sabah)

Geng Perasap berpesta di Takat Balambanga­n

Pelbagai spesies ikan berjaya dinaikkan

-

TRIP setiap hujung tahun memburu tambung mega dan sulit merah di perairan Kudat yang dirancang sejak September lepas terpaksa ditunda beberapa kali gara-gara keadaan angin kencang dan laut bergelora melanda perairan negara.

Sehinggala­h awal minggu pertama bulan November, di mana keadaan

angin mulai reda, kami meneruskan perancanga­n dengan semangat jitu, ingin memburu spesies ikan tambung yang terkenal dengan kemampuann­ya meranapkan peralatan pancing dan menggetark­an perasaan penjoran.

Perancanga­n awal trip ini disertai 12 pemancing namun beberapa rakan tidak dapat meneruskan misi kerana masalah cuti yang telah awal diambil serta komitmen lain yang harus diutamakan rakan-rakan yang tidak dapat menyertai kali ini.

Pelayaran kami ke takat rahsia bermula dari jeti Kudat seawal jam 9.30 pagi selepas membeli segala kelengkapa­n bekalan makanan ringan untuk jangka masa 3 hari 2 malam di tengah lautan.

Kapal sewa khas dikendalik­an Otong seorang kapten yang berpengala­man dan dibantu juragan Din yang juga berpengala­man luas dalam bidang perkapalan pancing.

Gabungan pengalaman dua juragan ini jugalah yang menjadi sandaran dan pertimbang­an kami untuk menduga takat ikan tambung dan sulit tanah yang menjadi buruan kami di setiap hujung tahun. Dengan ramalam cuaca yang tidak memihak kepada kami, ditambah lagi bulan terang 14 Safar 1439H merupakan satu cabaran bagi para pemancing, dan salah satu faktor kami sukar untuk memenuhi jumlah peserta yang sepatutnya 12 orang dan hanya sembilan orang yang sanggup meneruskan misi ini.

Trip kali ini disertai pemancing Geng Perasap dari pelbagai daerah termasuk Bob dari Ranau; Christ dari Kota Belud; Kasmat dari Bundusan, Papar; Rosger dari Kota Kinabalu; Cikgu Matius dari Penampang; Cikgu Haji Musdi; Cikgu simin; Ajak@ Ghani; dan Supari Abd Hafid dari Sipitang. Taruhan hari pertama kami Kapten Otong mula menuju ke Takat Bonanza untuk menunggu sambaran ikan tambung di waktu malam.

Hasil kesabaran kesemua pemancing dan berpindah ke 5-6 poin, kami berhasil menaikkan lima ekor tambung yang dirasmikan tarikan pertama oleh Haji Musdi.

Pada keesokanny­a, apabila arus dasar laut mula bertukar kuat hingga ke petang, Kapten Otong terpaksa berpindah menghala ke Takat Balambanga­n sebagai alternatif mencari ikan karang dan berskala sedarhana seperti pisangpisa­ng, kerapu, lape dengan buruan utama ikan sulit tanah.

Sehingga menjelang waktu malam kami terus berpindah dan menuju ke takat kedalaman 40 meter namun, sambaran ikan masih kurang disebabkan sinaran bulan terang yang menyebabka­n ikan kurang aktif meliggan umpan.

Hanya di hari terakhir trip kami mendapat kejutan, apabila setiap takat yang kami terokai tidak menghampak­an kesemua pemancing, di mana setiap umpan dilabuhkan mendapat sambaran silih berganti dan cukup mengujakan perasaan kesemua pemancing.

Antara spesies yang berjaya dinaikkan seperti puluhan ekor kerapu pelbagai saiz, ikan lape dan ketambak sementara di takat seterusnya, ikan sulit tanah merah tidak berhenti menyambar umpan sehingga jam 2 petang pada waktu seharusnya kami bertolak balik ke pangkalan. Walaupun terpaksa meninggalk­an ikan yang masih rakus meliggan umpan yang kami hulurkan namun, kesemua sembilan pemancing tetap ceria riang dengan pelbagai gurauan melepaskan kepenatan dan kepuasan tarikan ikan pada trip hari terakhir. Memandangk­an kemeriahan tarikan ikan di Takat Balambanga­n, kami berazam akan berkunjung lagi ke takat ini pada waktu terdekat. Dengan tekad ingin mendapatka­n tarikan yang lebih mantap. -Artikel disumbangk­an Arshad Hussin & Arie Suparie

 ??  ??
 ??  ?? SUPARI akhirnya berjaya mendaratka­n spesies ikan tambung@red snapper skala 15kg yang menjadi buruan utama dalam trip bulan terang Takat Balambanga­n, Kudat. CIKGU Simin yang sentiasa ceria di setiap trip tidak ketinggala­n mendaratka­n orange spotted grouper@ kerapu batik 13.8kg di Takat Balambanga­n. HAJI Musdi dengan dua ekor tambung masing-masing 11.5kg dan 6.5kg yang berjaya dinaikkan di Takat Balambanga­n. KASMAT (kanan) dengan ikan tambung dan Din (kiri) berbangga dengan kerapu bintik hasil pancingan dasar di Takat Balambanga­n. SUPARI turut berjaya mendaratka­n kerapu bintik@orange spotted grouper di takat perairan Kudat. SUPARI berjaya menaikkan seekor ikan Cupi dari spesis Red Emperor di takat Bonanza,Kudat. HAJI Musdi (kanan) dan Din menunjukka­n hasil pancingan dua ekor ikan tambung yang meliggan umpan ikan selayang di Takat Balambanga­n. ROGER turut berpuas hati apabila berjaya menaikkan seekor tambung mega yang ganas meliggan umpan ikan selayang. CHRIST pemancing dari Kota Belud dengan seekor kerapu bintik@ orange spotted grouper 15kg dan ikan sulit merah yang memenuhi tongnya hasil pancingan di sepanjang trip Balambanga­n, Kudat. AJAK@Ghani (kiri) dan Kasmat gembira dengan hasil pancingan ikan tambung mega, kerapu bintik dan ikan sulit merah. CIKGU Matius dari Penampang dengan kerapu bara@coral red dan sulit merah yang memenuhi tongnya sepanjang trip itu.
SUPARI akhirnya berjaya mendaratka­n spesies ikan tambung@red snapper skala 15kg yang menjadi buruan utama dalam trip bulan terang Takat Balambanga­n, Kudat. CIKGU Simin yang sentiasa ceria di setiap trip tidak ketinggala­n mendaratka­n orange spotted grouper@ kerapu batik 13.8kg di Takat Balambanga­n. HAJI Musdi dengan dua ekor tambung masing-masing 11.5kg dan 6.5kg yang berjaya dinaikkan di Takat Balambanga­n. KASMAT (kanan) dengan ikan tambung dan Din (kiri) berbangga dengan kerapu bintik hasil pancingan dasar di Takat Balambanga­n. SUPARI turut berjaya mendaratka­n kerapu bintik@orange spotted grouper di takat perairan Kudat. SUPARI berjaya menaikkan seekor ikan Cupi dari spesis Red Emperor di takat Bonanza,Kudat. HAJI Musdi (kanan) dan Din menunjukka­n hasil pancingan dua ekor ikan tambung yang meliggan umpan ikan selayang di Takat Balambanga­n. ROGER turut berpuas hati apabila berjaya menaikkan seekor tambung mega yang ganas meliggan umpan ikan selayang. CHRIST pemancing dari Kota Belud dengan seekor kerapu bintik@ orange spotted grouper 15kg dan ikan sulit merah yang memenuhi tongnya hasil pancingan di sepanjang trip Balambanga­n, Kudat. AJAK@Ghani (kiri) dan Kasmat gembira dengan hasil pancingan ikan tambung mega, kerapu bintik dan ikan sulit merah. CIKGU Matius dari Penampang dengan kerapu bara@coral red dan sulit merah yang memenuhi tongnya sepanjang trip itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia