Utusan Borneo (Sabah)

MANIFESTO DIRANGKA

Pemuda BN tubuh jawatankua­sa dapatkan input

-

KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) bakal menubuhkan jawatankua­sa khas bagi mendapatka­n pandangan dan input golongan muda untuk disenaraik­an sebagai cadangan draf manifesto BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata jawatankua­sa yang akan diketuai Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairul Azwan Harun itu bakal mengambil pandangan Pemuda parti komponen BN dan juga daripada Pemuda di peringkat akar umbi.

Katanya pandangan golongan muda penting kerana pengundi muda merupakan antara segmen terpenting yang harus diberi fokus dalam memenangi PRU14.

“Pemuda BN telah bersetuju supaya dalam masa sebulan dua ini jawatankua­sa ini akan ditubuhkan. Jawatankua­sa ini bakal melakukan sumbang saran dalam memberi fokus kepada kemahuan dan aspirasi pengundi muda.

“Cadangan ini kemudian akan dibawa kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Exco Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini pada Selasa.

Sementara itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata Pemuda BN kini bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU14 akan datang dalam usaha membantu BN mencapai kemenangan.

Katanya persiapan dengan kerjasama parti komponen BN lain juga merangkumi persiapan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? KHAIRY menjawab soalan ketika sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Exco Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Selasa.
GambarBern­ama KHAIRY menjawab soalan ketika sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Exco Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia