Utusan Borneo (Sabah)

STB, MAB jalin pakatan tingkat pelanconga­n Sabah

-

KOTA KINABALU: Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) menandatan­gani kempen perkongsia­n bersama baharu untuk tahun 2018 dengan Malaysia Airlines Bhd (MAB) di London bagi meningkatk­anlagikeda­tangan pelancong ke Sabah dan menaikkan profil Borneo (Kota Kinabalu) di United Kingdom (UK).

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata perkongsia­n itu akan membantu mewujudkan lebih banyak peluang untuk meningkatk­an jumlah pelancong dan pelancong perniagaan dari UK dan Ireland ke Sabah.

Tahun depan, MAB London akan mengadakan siri aktiviti perdaganga­n dan pengguna serta kempen mempromosi­kan Sabah dan Malaysia melalui Promosi Kempen Digital di portal dalam talian Malaysia Airlines UK/Kesatuan Eropah, bersama-sama dengan Kuoni, dan perkongsia­n perdaganga­n pelanconga­n dengan rakanrakan pengendali utama untuk melancarka­n laluan A350.

“Statistik oleh STB menunjukka­n bahawa pada 2016, terdapat sejumlah 35,901 pelancong yang tiba daripada pasaran utama ini, meningkat 7.0 peratus dari 2015. Ketibaan pelancong antarabang­sa pada 2016 mencatatka­n lebih 1.1 juta pelawat, peningkata­n ketara sebanyak 15.4 peratus berbanding 2015.

“Bagi Malaysia Airlines, pengunjung ke Kota Kinabalu bertambah sebanyak 57 peratus dari Januari hingga September 2017 dan mencapai 10,523 ketibaan berbanding tempoh yang sama pada 2016,” kata Masidi dalam satu kenyataan pada Selasa.

Perjanjian STB-MAB itu ditandatan­ganiolehMa­sididan Pengurus Wilayah Malaysia Airlines bagi Ireland, Eropah dan Amerika Utara, Adrian Keating di World Travel Market London 2017 di ExCel London, semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Pengurus Besar STB, Suzaini Sabdin Ghani dan Penolong Pengurus (Pemasaran) STB (Pasaran UK, Eropah dan Amerika Syarikat) Daniel Roman.

Sementara itu, Keating berkata Malaysia Airlines adalah jenama yang merangkumi budaya dan kepelbagai­an Malaysia dan syarikat amat gembira untuk memperbaha­rui perkongsia­nnya dengan STB bagi mempamerka­n semua yang ditawarkan oleh rantau berkenaan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia