Utusan Borneo (Sabah)

Pulau Pinang perlu teliti projek pembanguna­n elak bencana

-

TASEK GELUGOR: Kerajaan Pulau Pinang diingatkan agar membuat peneilitia­n dalam meluluskan projek pembanguna­n bagi mengelakka­n berlakunya kejadian buruk akibat bencana alam seperti banjir.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebarang keputusan untuk meluluskan projek pembanguna­n itu juga mesti mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

“Sebarang projek pembanguna­n yang mahu dilakukan itu mesti ikut peraturan kerana jangan sama sekali menjejaska­n alam sekitar dan boleh menyebabka­n akan berlaku keadaan yang lebih buruk lagi.

“Kerajaan persekutua­n akan berbincang dengan kerajaan Pulau Pinang selepas ini untuk melihat perkara ini kerana yang lebih penting untuk kita utamakan adalah keselamata­n dan kebajikan rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Agama Rakyat Ar Ridwan di sini, Selasa.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Mengulas desakan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) terhadap kerajaan Pulau Pinang agar membatalka­n pembanguna­n berisiko di lereng-lereng bukit negeri ini, Najib berkata kerajaan negeri perlu mengambil kira pandangan tersebut jika ia memberi kebaikan kepada semua pihak.

Menyentuh banjir besar yang berlaku di negeri ini, Najib berpuas hati dengan peranan yang dimainkan semua pihak seperti kerajaan negeri termasuk agensinya yang bekerjasam­a erat dengan kerajaan pusat dalam menangani keadaan banjir ini.

“Terjemahan kerjasama erat ini adalah baik sehingga mampu menangani masalah banjir ini dengan tersusun.

“Semua pihak bekerja sepanjang masa untuk membantu mangsa-mangsa banjir dan perkara ini turut diakui Ketua Menteri, Lim Guan Eng,” katanya.

Beliau berkata senario hubunganba­ikitumerup­akan contoh terbaik yang perlu diikuti semua pihak di negara ini ketika berlakunya bencana.

Beliau berkata dalam taklimat yang diberikan kepadanya, kerajaan negeri memerlukan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk melaksanak­an 13 projek besar dan kecil dalam soal menangani bencana. Bernama

“Bagaiamana­pun kerajaan pusat telah meluluskan sebanyak RM150 juta dalam projek pembinaan tebatan banjir bagi fasa ketiga Lembangan Sungai Pinang,” katanya.

Najib berkata kerajaan persekutua­n sama sekali tidak akan menganakti­rikan Pulau Pinang dan akan tetap menyalurka­n bantuan seperti yang diberikan kepada Kelantan.

“Kita akan lihat keadaan kewangan kita untuk membantu kerajaan negeri untuk melaksanak­an projekproj­ek ini,” katanya.

Beliau juga turut menasihatk­an rakyat agar menjaga kebersihan seperti tidak membuang sampah ke dalam longkang dan parit bagi mengelakka­n ia tersumbat dan akhirnya keadaan banjir menjadi lebih buruk.

Katanyaapa­yangberlak­udi negeri ini yang menyebabka­n banjir besar berlaku, selain akibat taburan hujan yang lebat, ia juga boleh dikaitkan dengan sikap manusia.

“Hujan yang turun pada Ahad lalu adalah hujan yang turun dalam sehari itu menyamai dengan sebulan hujan,” katanya.

Najib juga berkata keadaan bencana sekarang sudah bertukar akibat perubahan cuaca dan berlaku kadangkada­ng keadaan yang sukar dijangka seperti banjir ini.

“Kita juga tidak terlepas daripada bencana seperti yang berlaku di luar negara dan sebagai sebuah kerajaan kita akan memberi jaminan untuk melindungi rakyat kita,” katanya.

“Saya yakin rakyat juga akan turut membantu agar tidak memburukka­n lagi keadaan,” katanya.

Perdana menteri juga berkata beberapa NGO akan turut turun padang membantu mangsabanj­ir di Pulau Pinang.

Pada majlis itu juga Yang Dipertua Pandu Puteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyampaik­an bantuan sebanyak RM50,000 kepada mangsa banjir dan RM60,000 kepada Majlis Keselamata­n Negara Pulau Pinang. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia