Utusan Borneo (Sabah)

207 murid Tahun 1 terima sumbangan Akaun SSPN-i

-

LABUAN: Persediaan untuk menyimpan dan membuat penabungan dari awal adalah amat penting untuk keperluan pada masa hadapan berbanding meminjam.

Pelbagai bentuk galakan penabungan giat dilaksanak­an dalam usaha mendidik minda masyarakat agar memulakan simpanan sejak kecil lagi.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli berkata, Insentif Khas Geran Sepadan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional iaitu SSPNi dan SSPNiPlus merupakan insentif simpanan pendidikan yang menjadi pemangkin kepada ibu bapa untuk memula dan meneruskan penabungan.

“Mesejnya jauh lebih besar kepada anak-anak serta ibu bapa untuk membudayak­an amalan menabung dari peringkat awal serta pengurusan kewangan yang baik,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Kepada Pelajar Terpilih Tahun Satu di Dewan Surapit, SK Layang-Layangan pada Ahad.

Pada majlis itu, setiap pelajar menerima sumbangan RM100 iaitu RM50 merupakan sumbangan daripada Pejabat Parlimen Labuan dan RM50 tambahan diberikan oleh kerajaan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Seramai 207 murid Tahun 1 dari tiga sekolah rendah menerima sumbangan berupa deposit akaun SSPN-i berjumlah kira-kira RM10,350.

Kepentinga­n dalam pendidikan dapat dilihat dengan jelas apabila peruntukan terhadap pembelajar­an dalam bidang pendidikan semasa pembentang­an Bajet 2018 mencatatka­n jumlah yang tinggi.

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN MasturaMoh­dKhalidber­kata, ia menunjukka­n kerajaan tidak pernah meminggirk­an soal pendidikan kepada masyarakat­malahmenja­dikan ia sebagai salah satu agenda utama negara.

Katanya, kerajaan begitu komited dalam membudayak­an sikap menabung kepada masyarakat terutamany­a kepada anakanak.

Kerajaan telah meneruskan Insentif Geran Sepadan dengan peruntukan sebanyak RM250 juta kepada 500,000 kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun yang menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional.

Katanya, simpanan berjumlah RM500 akan dimasukkan secara percuma sekiranya jumlah simpanan yang dibuat pada tahun 2018 telah mencapai sekurangku­rangnya RM500.

Mastura berkata, PTPTN sentiasa mempromosi­kan Program Sahabat iaitu satu kaedah PTPTN mewujudkan kolaborasi strategik dengan agensi kerajaan atau swasta.

“Ia bagi menggalakk­an kakitangan melaksanak­an bayaran balik pembiayaan PTPTN serta penabungan deposit SSPN-i dan SSPN-i Plus melalui potongan gaji, selain menjana pendapatan sampingan kepada Sabahat PTPTN,” katanya.

Beliau berkata, di Labuan tiga sekolah iaitu SK LayangLaya­ngan, SK Bebuloh dan SK Kerupang secara rasmi telah dilantik sebagai Sahabat PTPTN dan mendapat Insentif Khas Sahabat di bawah Insentif Bajet 2017.

Sekolah itu diberi insentif khas RM20 untuk setiap pembukaan akaun atau penambahan deposit SSPN bagi murid Tahun Satu.

Turut hadir, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Labuan Sabdin Japarudin, Guru Besar SK Layang-Layangan Dayang Damit Md Yassin, Guru Besar SK Kerupang Abdul Rizal Abd Rahim dan Guru Besar SK Bebuloh Haji Adam Abd Rahim.

 ??  ?? ROZMAN (baju biru) bersama murid Tahun 1 yang menerima sumbangan berupa deposit akaun SSPN-i.
ROZMAN (baju biru) bersama murid Tahun 1 yang menerima sumbangan berupa deposit akaun SSPN-i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia