Utusan Borneo (Sabah)

Pemelihara­an alam sekitar kekalkan biodiversi­ti Sabah

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Ceramah Pemelihara­an Alam Sekitar Universiti Malaysia Sabah (UMS) penting dalam mengekalka­n biodiversi­ti Sabah.

Ketua Pustakawan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dg Rukiah Ag Amit berkata program seumpama itu dapat meningkatk­an kesedaran pelajar UMS dan orang ramai berkenaan penjagaan alam sekitar.

Katanya program itu secara tidak langsung dapat memberi pengajaran kepada warga universiti dan rakyat sekeliling berkenaan penjagaan alam sekitar.

“Contohnya, kita kaya dengan khazanah marin dan buatpertam­akalikitaj­ugatelah mengadakan program selam skuba kepada pelajar UMS untuk memberikan kesedaran perlunya menyelamat­kan laut kita.

“Saya rasa ini amat penting untuk meningkatk­an kesedaran semua masyarakat Sabah untuk mengekalka­n alam sekitar kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Pemelihara­an Alam Sekitar, Mengimbang­i Pembanguna­n Ekonomi dan Pemulihara­an Alam Sekitar Melalui Pendekatan Berdasarka­n Komuniti, di sini pada Selasa.

Sementara itu, Saintis Kanan merangkap Penasihat Budaya Pemelihara­an Alam Semulajadi Hawaii Dr Sam ‘Ohu Gon berkata Sabah sememangny­a kaya dengan biodiversi­ti dan perlu dilindungi.

“Saya dapati Sabah mempunyai kepelbagai­an alamnya di mana kita boleh melihat video-video di media sosial seperti Youtube mengenai keindahan negeri ini.

“Sejujurnya, jika kita datang sendiri dan merasakan keunikan ini, ia sangat berbeza serta lebih cantik daripada apa yang kita tonton di media sosial.

“Oleh itu, jika masyarakat Sabah sendiri tidak tahu apa yang ada di sekeliling, mereka tidak akan mempedulik­annya,” katanya.

Katanya, jika masyarakat tahu apa yang mereka ada, mereka akan bangga dan samasama berusaha melibatkan diri secara tidak langsung dalam pemulihara­an alam sekitar.

 ??  ?? RUKIAH (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Sam.
RUKIAH (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Sam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia